• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perlis Pun Nasihat Hanipa Bertaubat

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tidak boleh seseorang Muslim berkata “jika saya Tuhan” dan perlu bertaubat selepas mengungkap perkataan seperti itu.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Muslim perlu berhati-hati dalam ungkapannya yang berkaitan dengan ketuhanan.

“Itu secara langsung dan tidak langsung merendah penciptaan Tuhan dan menafikan hikmah ciptaannya.

“Seakan apa yang Tuhan lakukan tidak tepat ataupun salah atau pun di sana ada cara yang lebih baik.

“Ini sangat bahaya kepada akidah yang mengungkapnya jika dia sedar apa yang diucapkan. Hendaklah dia bertaubat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan pemimpin Pakatan Harapan yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat semalam.

Hanipa dipetik berkata, beliau berasa geli mendengar pasal agama jika beliau Tuhan tidak akan menjadikan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), malah menghapuskannya.

Mohd. Asri bagaimanapun berkata, Tuhan mempunyai hikmat atas segala penciptaan dan akan mengadili segala kejadian dan peristiwa di dunia.

“Kerosakan dunia ini disebabkan tangan manusia bukan kerana kesilapan ciptaan Tuhan,” katanya.

Teguran Mohd. Asri keatas Hanipa itu bagaimanapun dikritik sebilangan netizen kerana dilihat sangat lembut dan manis, tidak seperti ketika beliau menyerang PAS.

“Alangkah indah dan manis cara dan nada Tuan Dr. menegur kali ini.

“Tiada melabel. Tiada kata-kata sinis. Tiada sindiran. Tiada kata-kata menyakitkan hati orang lain.

“Alangkah bagusnya andainya nada sebegini untuk tulisan-tulisan teguran lain kepada semua pihak,” kata netizen Afyan mat rawi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul AbidinMufti Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd