• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Culik ‘Datuk’ Dibicarakan Pada Mei

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 21 hingga 25 Mei depan sebagai tarikh perbicaraan empat tertuduh yang didakwa menculik seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan mereka telah menyerahkan dokumen berkaitan kepada barisan pembelaan.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah, Muhammad Asyraf Md Kamal dan Shahrul Ekhsan Hassim manakala peguam S. Sundarajan dan Eng Yuh Pei mewakili semua tertuduh.

Dalam kes itu, empat tertuduh Low Sing Hwa, 31, Tham Hock Ann, 38, Chong Yee Loon, 40 dan Liew Chee Wei, 38, didakwa mengurung secara salah Datuk Chin Yoke Choon, 53, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak RM19 juta.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 5.55 petang, 26 Dis 2015 di kawasan letak kereta Hotel Sri Manja Boutique, Bandar Indera Mahkota di sini.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 (semakan 1969) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Selain itu, semua tertuduh juga menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan kerana menganggotai kumpulan jenayah terancang.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

Polis Johor Nafi Ada Kes Culik

29/09/2022
0

JOHOR BAHRU: Polis menafikan berlaku kes penculikan seorang kanak-kanak di negeri ini seperti yang tular dalam media sosial hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd