• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota Tentera Dipenjara, Sebat Buat Tuntutan Palsu

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang anggota tentera berpangkat Koperal yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 30 bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini.

Hukuman itu bagi setiap 79 pertuduhan menyalahgunakan wang keseluruhan berjumlah RM50,238.10 berhubung pembayaran elaun anggota tentera di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang, Melaka.

Hakim Datuk Nasir Nordin memutuskan demikian ke atas Musa Md. Dawi, 28, setelah dia mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Hakim bagaimanapun membenarkan hukuman berjalan serentak mulai hari ini.

Mengikut pertuduhan, pada April hingga Julai 2016, tertuduh yang bertugas sebagai kerani gaji di Bahagian Sel Belanjawan PULPAK dengan curang menyalahgunakan harta bukan miliknya iaitu elaun perjalanan dan elaun cuti tahun PULPAK dengan nilai keseluruhannya RM50,238.10.

Tertuduh mencipta 43 baucar bayaran bagi 79 penama yang kononnya anggota yang bertugas di PULPAK.

Bagaimanapun, semakan Jabatan Arah Rekod dan Pencen Markas Angkatan Tentera Malaysia terhadap 79 penama dalam 43 baucar bayaran yang dicipta oleh tertuduh didapati bahawa 58 penama tidak wujud, tiga berpencen dan 18 yang wujud telah menafikan membuat tuntutan elaun tersebut.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Irwan Shah Abdul Samat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anggota TenteraKes Tuntutan Palsu
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

“Agaknya Selepas Ini Saya Patut Lantik Sarjan Jadi PAT”

19/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd