• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Naik Taraf Sekolah Daif Sedang Dilaksana

oleh Ahmad Albab
30/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 394 projek menaik taraf sekolah daif sedang dilaksanakan di seluruh negara pada waktu ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata projek itu meliputi 158 projek di Semenanjung, 120 projek di Sabah dan 116 projek di Sarawak.

“Sekolah-sekolah daif ini dipilih untuk pembinaan semula berdasarkan fizikal yang tidak sempurna, tidak berfungsi, tidak selamat dan boleh mendatangkan ancaman serta bahaya,” katanya ketika sesi soal jawab di Persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini bagi menjawab soalan Dr. Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) berkenaan perkara itu.

Mahdzir berkata pemilihan sekolah-sekolah daif ini untuk dinaik taraf telah dicadangkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan pegawai Pejabat Daerah manakala kaedah pembinaan ialah menggunakan Industrial Building Systems kerana kos yang lebih rendah.

Dalam Bajet 2018, sejumlah RM2.5 bilion diperuntukkan untuk menaik taraf sekolah-sekolah daif seluruh negara dengan sejumlah RM1 bilion masing-masing bagi menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan baki RM500 juta bagi menaik taraf sekolah daif di seluruh Semenanjung.

Mahdzir berkata bagi tahun 2018, sebanyak RM1.25 bilion akan dibelanjakan untuk tujuan berkenaan, manakala bakinya dilaksanakan tahun depan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahd­zir KhalidSekolah Daif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Lulus 1,175 Projek Pembangunan Semula Bangunan Sekolah Daif

Kerajaan Lulus 1,175 Projek Pembangunan Semula Bangunan Sekolah Daif

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah diluluskan dengan kos keseluruhan lebih RM12.47 bilion, sejak 2016 hingga...

689 Daripada 996 Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif Siap

689 Daripada 996 Projek Pembangunan Semula Sekolah Daif Siap

26/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 689 daripada 996 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif siap sepenuhnya hingga awal bulan ini. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd