• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Pesawah Sebahagian Sistem Agihan Kekayaan

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata skim bantuan khas untuk petani yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebahagian insentif atau bantuan di bawah sistem pengagihan kekayaan negara kepada golongan yang memerlukan.

Menurutnya di bawah sistem tersebut, kerajaan mengambil wang daripada golongan kaya melalui pelbagai bentuk cukai pada kadar munasabah untuk diberi balik kepada rakyat.

“…ini bukan rasuah politik. Bagi pembangkang, kalau tidak bersetuju, semuanya adalah rasuah termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Istilah dedak digunakan bagi mempengaruhi emosi rakyat terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.

“…tetapi dalam manifesto mereka, BR1M dikekalkan. Nampak sangat pembangkang tidak betul kecuali ia berfaedah untuk politik mereka,” kata Azlan yang mengulas dakwaan netizen bahawa bantuan khas kepada pesawah adalah rasuah PRU.

Dua hari lepas Perdana Menteri mengumumkan pakej khas untuk petani di seluruh negara sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU ke-14 bagi menghargai sumbangan dan titik peluh mereka kepada negara.

Menteri Besar itu ditemui selepas menyampaikan bantuan wang ehsan kepada 1,868 ketua keluarga mangsa banjir September tahun lepas yang tidak berpindah. Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga.

Azlan berkata kerajaan BN telah memberi bermacam bantuan contohnya kepada penoreh getah, nelayan, peniaga dan banyak lagi bantuan yang dipermudahkan.

“Saya yakin rakyat yang waras menilai bantuan dan insentif seperti ini hanya diberikan oleh sebuah kerajaan yang ikhlas,” katanya sambil menambah banyak negara maju mengagihkan kekayaan kepada rakyatnya melalui pelbagai cara termasuk sistem kupon oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Azlan berkata program dan projek yang dirancang kerajaan BN adalah jalan penyelesaian yang praktikal untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat bukan sekadar bercakap tetapi tidak bertindak.

“Pembangkang akan terus membuat tohmahan dan memainkan cerita-cerita tidak benar bagi mengganggu emosi rakyat walaupun sekadar mendapat publisiti murah. Saya harap rakyat membuat pertimbangan betul dan menilai mana satu permata dan mana satu kaca,” kata Azlan. – BERNAMA

Tags: KerajaanPesawah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd