• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

40 Orang Awam Rentung Dimamah Bom Napalm

oleh Ahmad Albab
29/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Kejayaan rejim Syria dengan bantuan Russia hampir menawan Ghouta sepenuhnya perlu dibayar dengan pengorbanan orang awam yang maut dalam keadaan mengerikan akibat serangan udara setiap hari.

Antaranya, hampir 40 orang awam di Arbin mati hangus dalam ruang perlindungan bawah tanah akibat bom napalm yang diharamkan penggunaannya, hujung minggu lalu.

Gambar yang diedarkan melalui internet oleh Jabatan Pertahanan Awam Syria dan kumpulan penyelamat dikenali sebagai White Helmets, menunjukkan anggota penyelamat mengeluarkan mayat rentung.

Arbin di Ghouta dikuasai kumpulan penentang Failaq al-Rahman dan bandar itu sudah dikosongkan minggu lalu, selepas penentang mencapai persetujuan damai dengan Syria, demi keselamatan orang awam.

Menurut laporan AFP, kira-kira 125 penduduk, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, berlindung dalam kubu bawah tanah itu, apabila bom digugurkan.

Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berpangkalan di Britain mendakwa serangan itu dilakukan pesawat Russia.

Pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam Syria mendakwa bom digugurkan pesawat Syria itu mengandungi gas napalm yang mencetuskan api besar dan amat panas.

Undang-undang antarabangsa mengharamkan penggunaan napalm dalam perang.

Sabtu lalu, Russia menafikan ia menggunakan napalm dalam serangan udara di Ghouta yang menyebabkan 37 orang awam terbunuh.

Al-Jazeera melapokan, aktivis di bandar itu, Izzet Muslimani, berkata, ramai cedera akibat melecur teruk dalam serangan itu.

Ada juga laporan menyatakan Douma, bandar terakhir masih dikuasai penentang di Ghouta, diserang menggunakan bom mengandungi fosforus putih yang menghujani bandar. – Agensi/myMetro Online

Tags: BomSyria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Trump Pecat Setiausaha VA, David Shulkin

Next Post

Neymar Tidak Akan Pernah Menang Ballon D’Or Selagi…

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

Next Post

Neymar Tidak Akan Pernah Menang Ballon D'Or Selagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd