• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nisbah Hutang Isi Rumah Susut Kepada 84.3 Peratus

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) susut kepada 84.3 peratus pada tahun lepas berbanding 88.3 peratus pada 2016, didorong oleh prestasi ekonomi negara yang kukuh serta trend dalam pengumpulan hutang isi rumah yang bertambah baik.

Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar pertumbuhan hutang tanpa cagaran dalam bentuk pinjaman peribadi telah menurun secara ketara kepada 2.5 peratus tahun lalu berbanding 25.2 peratus pada 2008 manakala nisbah khidmat hutang bagi kebanyakan isi rumah kekal pada tahap berhemat.

Menurut bank pusat itu, buat pertama kalinya sejak 2012, pertumbuhan aset kewangan isi rumah mengatasi kadar pertumbuhan hutang.

“Pertumbuhan hutang isi rumah yang semakin perlahan untuk tahun ketujuh berturut-turut kini adalah lebih selaras dengan kadar pertumbuhan pendapatan,” katanya menerusi Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, keuntungan sektor perbankan terus meningkat walaupun tahap hutang isi rumah semakin menurun sekaligus mencerminkan peningkatan pendapatan berasaskan fi yang lebih tinggi daripada aktiviti berkaitan pembiayaan dan pembrokeran saham serta pertumbuhan perbelanjaan faedah yang lebih perlahan.

“Pembiayaan terkumpul industri perbankan meningkat sebanyak 4.1 peratus kepada RM1,584.4 bilion pada 2017, didorong terutamanya oleh pembiayaan kepada isi rumah dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang kekal kukuh pada 6.0 peratus,” katanya.

BNM berkata industri kewangan Islam juga mengekalkan tahap keuntungan dan permodalan yang kukuh pada tahun lepas dengan pembiayaan berlandaskan Syariah berkembang sebanyak 9.4 peratus, dipacu terutamanya oleh pembiayaan untuk pembelian rumah dan pembiayaan PKS.

Sektor insurans dan takaful pula mengekalkan pertumbuhan yang positif hasil sokongan permodalan keseluruhan yang kukuh namun kadar penembusan insurans hayat dan takaful keluarga masih rendah dan hanya meningkat sedikit dalam tempoh empat tahun lepas.

“Seperti yang dijangkakan, kadar penembusan adalah rendah dalam segmen pendapatan isi rumah B40 (golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) dengan hanya 30.3 peratus memiliki polisi insurans hayat atau takaful keluarga,” katanya.

Bagi perkembangan merentas sektor, BNM berkata pasaran sekuriti hutang Malaysia meneruskan trajektori menaik pada 2017 dengan peningkatan sebanyak 10.1 peratus kepada RM1.3 trilion atau 97.6 peratus daripada KDNK.

“Meskipun aliran modal menjadi semakin tidak menentu, kadar hasil bon secara relatif kekal stabil, berikutan penyertaan yang aktif oleh institusi pelaburan domestik,” katanya.

Menurut bank pusat itu, berikutan tiga siri langkah diperkenalkan oleh Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) sejak Disember 2016, mudah tunai pertukaran asing (FX) dalam negara semakin bertambah baik dengan purata jumlah dagangan harian pasaran FX dalam negara meningkat kepada US$9.9 bilion – pertambahan sebanyak 20 peratus berbanding 2016.

“Jumlah kontrak hadapan tanpa serahan (NDF) ringgit pula menguncup sebanyak 70 peratus sejak November 2016,” katanya.

Rangka kerja perlindungan nilai yang lebih fleksibel juga meningkatkan urus niaga hadapan FX institusi pelaburan bukan pemastautin.

Bagi sistem pembayaran dan penyelesaian, BNM berkata aspek itu kekal berdaya tahan dan beroperasi tanpa sebarang gangguan besar sepanjang 2017.

“Bagi mengurangkan risiko siber terhadap infrastruktur pembayaran utama, institusi kewangan telah mengambil langkah-langkah untuk mematuhi kawalan keselamatan yang dipertingkatkan, termasuk kawalan keselamatan yang ditetapkan oleh Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT) bagi memperkukuh persekitaran operasi tempatan,” katanya.

Malah, antara inisiatif BNM untuk membentuk masyarakat tanpa tunai, langkah-langkah lebih giat telah dilaksanakan bagi membetulkan herotan harga, menggalakkan persaingan lebih sihat dan membentuk struktur insentif pasaran yang menggalakkan inovasi dan pelaburan dalam infrastruktur pembayaran.

Sejajar usaha melangkah ke hadapan, BNM berkata ussaha ditumpukan untuk menggalakkan pembayaran mudah alih untuk menyokong penggunaan kad debit sebagai menggantikan wang tunai.

“Bidang tumpuan utama ialah pelaksanaan Rangka Kerja Pindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF).

“Menerusi usaha memastikan akses yang sama rata dan terbuka kepada infrastruktur pembayaran kongsian oleh bank dan bukan bank, ICTF dijangka mewujudkan persaingan yang lebih tinggi, menggalakkan pembangunan perkhidmatan pembayaran yang inovatif bagi memenuhi keperluan segmen pelanggan yang berbeza serta menghasilkan rangkuman kewangan yang lebih luas.” – BERNAMA

Tags: Hutang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

Golongan Muda, B40 Paling Ramai ‘Swipe’ BNPL, Hutang Tertunggak Hampir RM5 Bilion

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati menggunakan kemudahan Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later...

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

LKAN: Kerajaan Disyor Dapatkan Kembali Aset 1MDB, SRC Tampung Bayaran Balik Hutang

14/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan Persekutuan disyorkan untuk mendapatkan kembali aset berkaitan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd