• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ANGKASA Pertimbang KOPSYA Jadi Bank Koperasi

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) sedia mempertimbangkan untuk menjadikan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) sebagai bank koperasi dalam tempoh dua tahun akan datang.

Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata pertimbangan itu selari dengan hasrat kerajaan yang mahu mewujudkan empat buah bank koperasi menjelang tahun 2020 dan setakat ini negara hanya mempunyai dua bank berkenaan.

Ia adalah Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat) dan Bank Persatuan.

“Untuk merealisasikan hasrat menjadikan KOPSYA sebagai bank koperasi, kita perlu memenuhi syarat kecukupan modal berjumlah RM300 juta ditetapkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Setakat ini, 1,200 koperasi menyertai KOPSYA dengan modal sebanyak RM50 juta. Sasaran kita adalah meningkatkan penyertaan menjadi 2,000 koperasi tahun ini supaya syarat kecukupan modal dapat dicapai menjelang 2020,” katanya.

Abdul Fattah berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan ANGKASA Pahang Zon 2 di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini, hari ini.

Beliau menambah, jika KOPSYA berjaya menjadi bank koperasi, ia sekali gus merealisasikan matlamat penubuhannya yang bermula dengan hasrat ANGKASA mahu menubuhkan bank koperasi yang menjalankan operasi perbankan Islam.

“Kita berharap lebih banyak koperasi berminat menyertai KOPSYA dengan mengambil kira peningkatan pembayaran dividen oleh Bank Rakyat yang diumumkan semalam, iaitu sebanyak 16 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017, berbanding 15 peratus pada tahun 2016.

“Kita optimis kejayaan serupa boleh dicapai jika gerak kerja dilakukan dengan teratur dan tersusun,” katanya.

Pada perkembangan lain, Abdul Fattah memaklumkan, ANGKASA melancarkan Projek Sejuta Tudung untuk disumbangkan kepada wanita Islam di Kemboja dan mereka yang berminat boleh memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai atau tudung.

Katanya, projek itu dilaksanakan dengan kerjasama beberapa koperasi di negara itu dan Persatuan Wanita Muslim Kemboja yang mana ANGKASA sudah menghantar 20,000 tudung dan wang tunai sebanyak RM50,000 sebagai permulaan projek itu pada 15 Mac lalu.

“Penghantaran peringkat kedua sumbangan dijangka pada awal Mei, iaitu sebelum Ramadan. Kita lebih berharap dengan sumbangan wang tunai kerana terdapat dua pusat jahitan diusahakan wanita Islam di Phnom Penh.

“Sumbangan wang tunai membolehkan kita membuat tempahan di pusat itu, seterusnya membantu meningkatkan pendapatan mereka. Kos jahitan ialah sekitar RM10 bagi sepasang tudung berkualiti baik,” katanya.

Abdul Fattah menambah, walaupun agenda utama projek itu ialah tudung, pihaknya turut menerima telekung dan kain pelekat untuk disumbangkan kepada masyarakat Islam di sana, juga peralatan persekolahan untuk diagihkan kepada kanak-kanak.

Katanya, mereka yang berminat untuk menyumbang boleh berbuat demikian menerusi pejabat ANGKASA negeri atau menerusi CIMB Islamic Berhad dengan nombor akaun 8600445433. – BERNAMA

Tags: Angkasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

Virgin Galactic Bawa Pelancong Pertama Ke Angkasa

12/08/2023
0

WASHINGTON: Firma Virgin Galactic berjaya menghantar penumpang pertama ke angkasa, sekali gus menamatkan penantian misi selama hampir dua dekad. (Ada...

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

Satelit Pertama Buatan Malaysia Dilancar Ke Angkasa

28/06/2023
0

KUALA LUMPUR : ANGKASA-X berjaya melancarkan satelit A-SEANSAT-PG1 (PG1) buatan tempatan yang pertama, seterusnya memacu pembangunan ekosistem teknologi angkasa lepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd