• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Faktor Persembahan Positif Harimau Malaya

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad Harimau Malaya masih gagal menemui kemenangan selepas dikecewakan Lubnan 1-2 pada aksi terakhir Kumpulan B Kelayakan Piala Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Camille Chamoun Sports City, Beirut, semalam.

Bagaimanapun, skuad bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe itu berjaya menjelmakan satu corak permainan yang menarik berbanding ketika turun menentang Mongolia dalam aksi persahabatan antarabangsa Kelas A, Rabu lepas yang berakhir dengan keputusan 2-2.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan yang dikeluarkan badan induk itu hari ini berkata, salah satu faktor penyumbang kepada persembahan positif skuad Harimau Malaya itu adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Untuk pengetahuan semua, persembahan bertenaga anak buah Tan Cheng Hoe itu tadi, salah satu faktornya adalah kerana sokongan padu daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berjanji untuk terus berdiri teguh di belakang skuad Harimau Malaya.

“Tunku Ismail telah menghubungi saya di Beirut pada sebelah pagi dengan baginda berjanji memberikan bonus kepada pasukan jika berjaya mencatat kemenangan dan segala titah baginda itu serta kata-kata semangatnya telah saya sampaikan kepada para pemain ketika sesi makan tengah hari,” katanya dalam kenyataan itu.

Pada aksi itu, kapten Lubnan Hassan Maatouk menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-19 sebelum Malaysia menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-72.

Namun, nasib ternyata tidak menyebelahi skuad kebangsaan apabila Hilal Al Helwe berjaya mencuri peluang untuk meledak gol kedua Lubnan pada masa kecederaan sekaligus muncul wira pasukan tuan rumah.

Dalam pada itu, Hamidin optimis pemain negara mampu mengulangi persembahan bertenaga itu apabila bertemu Bhutan dalam aksi persahabatan antarabangsa Kelas A di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini dan sekali gus menamatkan kemarau panjang tanpa kemenangan Harimau Malaya. – BERNAMA

Tags: TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

Ops Gabungan Elit Johor-GGK Tarik Perhatian

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub  JOHOR BAHRU – Pasukan elit Johor Military Forces (JMF) dan Grup Gerak Khas (GGK) Angkatan Tentera Malaysia mencuri...

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

Tiga Penerima Biasiswa Orang Muda Johor Ke Universiti Terkemuka Dunia

17/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Inisiatif Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) terus membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam melahirkan generasi muda bertaraf global...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd