• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas Pesawah Tanda Penghargaan

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Bantuan khas pesawah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, disambut baik golongan petani dengan menyifatkan kerajaan menghargai titik peluh mereka selama ini.

Pesawah Md Isa Ahmad, 68, dari Batu Menunggul di sini, berkata bantuan itu juga tepat pada masanya berikutan kebanyakan petani mendapat hasil tidak memuaskan berikutan cuaca tidak menentu musim ini.

“Saya bersyukur dengan bantuan ini, sekurang-kurangnya dapat menampung kos hidup kian meningkat, cuma saya nak cadangkan kepada kerajaan agar dapat menaikkan harga padi selepas ini bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Sementara itu, Rahim Awang, 74, dari Tokai dekat sini, berkata pemberian bantuan itu sangat baik kerana dapat meringankan beban mereka memandangkan golongan itu tidak mempunyai sumber pendapatan lain dengan hanya bergantung kepada kerja sawah.

“Ini dapat tambah pendapatan petani yang tidak seberapa. Harap diteruskan sampai bila-bila, tetapi pihak berwajib perlulah meningkatkan kawalan terhadap barangan pertanian yang (dikhuatiri) akan dinaikkan harga sesuka hati oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Perlu diingat kalau banyak bantuan dalam bentuk kewangan, akan ada pihak tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang pertanian terutama racun…biar bantuan dinikmati dapat dirasai sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, Musa Awang Kechil, 39, juga dari Tokai dekat sini berkata bantuan itu membuktikan kerajaan merasai denyut nadi pesawah di negara ini, yang banyak berjasa dalam memastikan bekalan beras negara sentiasa mencukupi.

Pada majlis pelancaran bantuan itu semalam, perdana menteri turut mengumumkan kenaikan khas bantuan itu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberikan mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Bantuan khas berbentuk wang tunai RM200 sebulan selama tiga bulan dan sekali bayar itu akan diberi kepada pesawah di seluruh negara sebagai usaha kerajaan meringankan beban kewangan pesawah sementara menunggu hasil tuaian masing-masing.

Seramai 325,518 pesawah di seluruh negara bakal mendapat manfaat daripada pemberian bantuan khas berkenaan. – BERNAMA

Tags: Pesawah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Hampir 130,000 Pesawah Terima Bantuan Tunai, Insentif Pembajakan, Penuaian

Hampir 130,000 Pesawah Terima Bantuan Tunai, Insentif Pembajakan, Penuaian

11/06/2024
0

PUTRAJAYA - Hampir 130,000 pesawah di Semenanjung Malaysia akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim menerusi kenaikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd