• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naomi Campbell Dibidas, Didakwa ‘Photoshop’ Gambar

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUPERMODEL Naomi Campbell, yang digelar antara model tercantik di dunia, telah dituduh mengubah gambar mukanya kerana hidungnya kelihatan lebih mancung dan tirus berbanding wajah asalnya, dalam gambar yang dimuatnaik dalam akaun Instagramnya.

Naomi, 47, memuatnaik gambar itu semalam dan sejak itu peminatnya membanjiri ruang komen dalam Instagramnya dengan mempertikaikan hidung Naomi.

“Awak cantik, tapi mana hidung awak.

“Sayang, hidung kau terlalu slim. Ia kelihatan gila, nampak sangat photoshopped,” demikian kata peminatnya.

Meskipun memiliki reputasi sebagai antara wanita tercantik dunia, namun gelaran itu tidak meyakinkan Naomi sebaliknya dia mengaku sentiasa berasa kekurangan diri.

“Saya sentiasa sedar tentang tubuh saya. Ketika saya pertama kali sampai di New York, jika saya memakai sesuatu yang ketat, saya akan menutupnya dengan kardigan di sekeliling saya untuk menutup bahagian belakang saya,” kata Naomi dalam satu wawancara dengan Piers Morgan dan Susanna Reid dalam satu program TV di Britain, bulan lepas.

Naomi juga memberitahu, ia mengambil masa yang lama untuk berasa selesa ketika bergambar dengan pakaian dalam.

Pengakuan Naomi itu nyata mengejutkan memandangkan dia adalah seorang supermodel dengan bentuk badan yang menjadi idaman wanita. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Naomi Campbellsupermodel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gigi Hadid Bertudung Dalam Edisi Pertama Vogue Arabia

03/03/2017
0

SUPERMODEL antarabangsa, Gigi Hadid menjadi penghias muka hadapan Vogue Arabia yang pertama untuk edisi Timur Tengah dan ke-22 yang diterbitkan...

Supermodel Diburu Susulan Kematian Pegawai Kastam

23/07/2016
0

SUPERMODEL terkenal Pakistan, Ayyan Ali, 22, kini diburu polis selepas disyaki terlibat dengan kematian seorang pegawai kastam yang menjadi saksi utama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd