• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Jualan Sentuhan Rakyat Catat RM26.2 Juta

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Siri Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) mencatatkan nilai jualan berjumlah RM26.2 juta sejak dilaksanakan dari 20 Jan hingga 26 Mac tahun ini di seluruh negara dengan jumlah pengunjung melebihi 2.5 juta orang, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sambutan bagi program itu amat menggalakkan dengan jumlah paling tinggi di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

“Ini boleh dilihat melalui jualan PJSR di ketiga-tiga negeri itu, Kelantan sebanyak 66 siri PJSR dengan nilai jualan berjumlah RM5.4 juta, Sabah sebanyak 40 siri dengan nilai jualan RM3.8 juta dan Sarawak sebanyak 37 siri dengan nilai jualan RM1.93 juta.

“PJSR dianjurkan secara berkala mengikut tempat masing-masing dan bukan secara harian kerana melibatkan pelbagai faktor yang perlu diambil kira antaranya logistik, inventori, kos operasi, lokasi dan lain-lain,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Abdullah Mat Yasim mengenai jumlah PJSR yang dilaksanakan serta pendapatan yang diperoleh.

Beliau berkata program berkenaan dilihat lebih signifikan, praktikal dan kos efektif sesuai dengan kehendak dan pola perbelanjaan masyarakat setempat yang cenderung berbelanja secara pukal mengikut keperluan mingguan atau bulanan.

Katanya, kementerian berkenaan akan mengenal pasti dan menggalakkan lebih banyak pemain industri seperti pasar raya besar, pemborong dan pengeluar untuk turut serta sebagai program tanggungjawab sosial korporat dengan menawarkan barangan pada harga lebih rendah daripada harga pasaran. – BERNAMA

Tags: Jualan Sentuhan RakyatKPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Pasangan Adik-Beradik Positif Dadah Ditahan

Next Post

Majikan Boleh Semak Latar Belakang Pekerja – KPWKM

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

Next Post

Majikan Boleh Semak Latar Belakang Pekerja - KPWKM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd