• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mukhriz Gagal Dapat Mula Prosiding Hina Mahkamah

oleh Ahmad Albab
28/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir gagal dalam permohonannya mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital (menghina mahkamah) terhadap Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi, yang didakwa mengeluarkan kenyataan media yang disiarkan di dalam Sinar Online, pada 2017.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim hari ini menolak permohonan Mukhriz dengan alasan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ab Aziz berhubung prosiding kes saman fitnah antara Mukhriz dengan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad tidak memberikan tekanan kepada mahkamah.

“Walaupun kenyataan yang dikeluarkan oleh Ab Aziz merujuk kepada prosiding ini (kes saman Mukhriz terhadap Tengku Sariffuddin) tetapi kenyataan itu tidak mendatangkan tekanan kepada mahkamah. Ia adalah kesinambungan pertelingkahan politik antara pihak-pihak,” katanya.

Ahmad Zaidi berkata secara prinsipnya memang terdapat tindakan yang subjudis kerana kenyataan yang dikeluarkan merujuk kepada suatu prosiding mahkamah yang sedang berjalan.

“Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mempunyai kaitan dengan tuntutan plaintif (Mukhriz) terhadap defendan (Tengku Sarifuddin) dalam kes ini, kenyataan itu tidak memberi kesan kepada keputusan mahkamah, ia lebih kepada acara sampingan ” katanya ketika membacakan penghakimannya.

Pada 18 Julai 2017, Mukhriz memfailkan permohonan ex-parte terhadap Ab Aziz atas dakwaan mengeluarkan kenyataan media yang disiarkan di dalam Sinar Online pada 15 Julai 2017 membabitkan perbicaraan saman fitnah difailkan Mukhriz terhadap Tengku Sarifuddin, yang didakwa menghina mahkamah.

Dalam permohonan itu, Mukhriz, 52, mendakwa kenyataan itu dikeluarkan selepas beliau dan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad selesai memberi keterangan pada perbicaraan kes saman berkenaan pada 13 dan 14 Julai 2017.

Mukhriz diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, manakala peguam Cheyenne Chan bertindak bagi pihak Ab Aziz. – BERNAMA

Tags: Aziz KaprawiMukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd