• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Guna Tun M Untuk Kepentingan Politik

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir telah digunakan oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka apabila bekas perdana menteri itu dibawa menyertai sesi taklimat Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sesi taklimat perundangan selama sejam itu telah diadakan secara tertutup antara beliau dengan anggota-anggota Parlimen pembangkang di Bangunan Parlimen pada tengah hari tadi dan tidak mengundang bekas perdana menteri itu.

“Saya pun tidak pasti bagaimana dia (Tun M) masuk, tapi biarlah dia masuk, nak buat macam mana. Saya buat (taklimat) untuk MP pembangkang sahaja… So kalau mereka panggil, saya nak buat macam mana? Itu hak merekalah.

“Tapi saya terkilan sebab saya dengan opposition, kita ada banyak undang-undang nak bincang.. tapi tadi nak bincang, mereka bincang isu politik… macam mana nak bincang tentang perundangan tersebut?” katanya kepada wartawan di Bangunan Parlimen.

Katanya, Dr Mahathir telah diguna oleh pembangkang untuk memenuhi agenda politik mereka.

“Saya tak salahkan Tun M. Bagi saya dia telah diguna pakai oleh pembangkang sebab pembangkang ni nak gunakan Tun M sebagai taktik hendak menakut-nakutkan…. Tapi saya kesian kat Tun M,” katanya.

Azalina berkata tindakan beberapa anggota parlimen pembangkang yang meninggalkan taklimat sebelum ia berakhir menyukarkan lagi proses penerangan mengenai RUU itu dan menunjukkan keadaan mereka yang terdesak.

“Pagoh keluar, Lembah Pantai keluar, dia (Tun M) pun keluar sebelum habis (sesi taklimat). Tapi nak buat macam mana… mereka datang cakap, lepas itu keluar,” katanya.

Mengulas lanjut, Azalina berkata kerajaan kini adalah lebih terbuka kerana sedia mengadakan dialog dan taklimat dengan pembangkang ketika hendak menggubal sesuatu undang-undang berbanding semasa pemerintahan Dr Mahathir yang tidak pernah diadakan sesi sedemikian bersama blok tersebut.

“Saya sekurang-kurangnya berdialog untuk kepentingan awam supaya sebagai wakil rakyat, mereka boleh bersuara dan menyatakan pandangan tentang perundangan tersebut.

“Saya hendak dengar pandangan (dari sudut) undang-undang, tetapi mereka hanya memberikan pandangan dari sudut politik,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Azalina Othman Said
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

SPRM Dapati Mohd Nazlan Langgar Kod Etika Hakim – Azalina

06/04/2023
0

SHAH ALAM - Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali didapati melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 bagi menambah baik dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd