• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Timbang Sediakan Insentif Sektor Pembinaan

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang menimbang untuk menyediakan insentif kepada industri pembinaan bagi menggalakkan pemain beralih kepada kaedah dan proses pembinaan lestari seperti sistem binaan berindustri (IBS), mekanisasi dan pemodelan maklumat bangunan (BIM).

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pada masa yang sama, kerajaan juga menyasar mendapatkan lebih banyak volum daripada pemain industri agar kos menjalankan perniagaan dapat dikurangnya, yang seterusnya dapat menarik lebih ramai pemain menyertainya.

“Kami sedang menimbang insentif, tetapi apa yang penting, adalah untuk kami mewujudkan volum agar ia dapat mengurangkan kos,” katanya kepada pemberita selepas majlis pembukaan Minggu Pembinaan Antarabangsa 2018 (ICW 2018), di sini, hari ini.

Fadillah berkata objektif utama kerajaan dalam industri pembinaan adalah untuk memastikan ia menerapkan teknologi pada masa hadapan.

Beliau juga berkata untuk menjadi kompetitif, penting bagi pemain industri tempatan untuk mengubah cara mereka menjalankan kerja, dan bukan hanya pekerja sahaja tetapi juga para pengarah digesa melakukannya dengan cara baharu.

“Sudah ada insentif yang disediakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) untuk menggalakkan penggunaan BIM dalam projek-projek, termasuk menubuhkan pusat untuk melatih pekerja dan hasilnya dapat dilihat dengan syarikat-syarikat beransur-ansur beralih kepada teknologi ini.

“Pada permulaannya, Kementerian Pendidikan mengguna pakai kaedah ini bagi projek sekolah, Seterusnya, kami mahu berbincang dengan semua kementerian lain dan kemudiannya nanti, semua projek awam perlu mematuhi IBS,” katanya.

Apabila ditanya sama ada penalti akan dikenakan terhadap kontraktor yang gagal mematuhi IBS, Fadillah berkata: “Bukan sekarang. Apa yang kami mahu lakukan adalah untuk mendapatkan semua pihak berkuasa tempatan, agensi yang memberi kelulusan untuk menjadikannya sebagai satu daripada syarat wajib.”

Sementara itu, sembilan syarikat diberi penghargaan pada majlis hari ini kerana mencapai tahap 5-bintang dalam Penilaian Daya Saing bagi Peningkatan (SCORE).

SCORE ialah inisiatif berterusan oleh CIDB secara kerjasama dengan SME Corp untuk mengukur prestasi dan keupayaan syarikat pembinaan Malaysia.

Sembilan syarikat tersebut ialah Acre Works Sdn Bhd, Advance Pact Sdn Bhd, Gamuda Bhd, George Kent (Malaysia) Bhd, IJM Construction Sdn Bhd, Irama Duta Sdn Bhd, Iswarabena Sdn Bhd, Putra Perdana Construction Sdn Bhd dan Urusan Tinggi Wawasan Sdn Bhd.

CIDB memulakan ICW 2018 hari ini dengan penyertaan lebih 100 pempamer dan lebih 10,000 peserta dari seluruh dunia untuk membincangkan mengenai sektor pembinaan.

ICW 2018 yang bertemakan “Mencapai Produktiviti Puncak” berlangsung sehingga 30 Mac dan menampilkan antara lainnya pameran, seminar dan ceramah mengenai penggunaan teknologi pembinaan moden. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Fadillah Yusof
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Satu Kematian Akibat Kes COVID-19 Baharu Di Johor

Timbalan Perdana Menteri Jadi Mangsa Sekali Lagi

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini memaklumkan akaun Facebook (FB) yang menggunakan gambar profil beliau...

Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran Teknologi

21/04/2018
0

KUCHING - Para pelajar perlu menguasai teknologi terkini untuk menghadapi persaingan sengit yang muncul dalam bentuk Revolusi Industri 4.0 yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd