• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tabika Kemas Usaha Kebun Sayur, Herba

oleh
27/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Tabika Kemas biasanya disinonimkan dengan aktiviti dalam kelas yang berkait rapat dengan pembelajaran asas mengenal huruf dan mengira.

Namun, sebuah cawangannya di Pahang menggunakan pendekatan yang lebih unik dalam mendidik anak-anak yang belajar di situ.

Jawatankuasa Tabika Kemas Taman Jaya, Kemayan, telah mencetuskan suasana berkebun dengan menanam sayuran dan herba.

Antara tanaman sayuran adalah cili, kobis, bendi, kacang panjang dan salad, manakala tanaman herba termasuklah misai kucing, pokok ajaib, halia bara dan belalai gajah.

Tanaman tersebut dilakukan secara gotong-royong membabitkan ibu bapa dan penjaga kanak-kanak dengan menggunakan peralatan tanaman dan bahan kitar semula serta benih yang disumbangkan oleh ahli keluarga para pelajar.

Sumber: Sinar Harian

Pengerusi Tabika Kemas Taman Jaya, Fadzil Sahaban, 67 berkata, tujuan kebun itu diadakan untuk menceriakan tabika tersebut selain membolehkan warga tabika kemas menikmati hasil tanaman sendiri.

Menurutnya lagi, pihaknya menyahut cabaran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mewujudkan Kebun Dapur walaupun tabika tersebut tidak menyertai Pertandingan Kebun Dapur Tabika Kemas pada tahun ini.

“Alhamdulillah, semua ibu bapa dan penjaga sentiasa beri komitmen. Kalau minta mereka datang untuk sebarang aktiviti, kehadiran mereka tidak pernah mengecewakan,” katanya pada akhbar tempatan.

Ujarnya lagi, kanak-kanak tabika kemas ini dapat mengenali beberapa jenis sayur menerusi pembelajaran luar kelas bersama guru apabila setiap sayur diletakkan tanda nama bagi memudahkan mereka mengeja, membaca dan mengenali sayur atau herba itu.

Hasil tanaman tersebut dijamin bersih dan selamat kerana tidak menggunakan baja kimia atau racun yang keterlaluan.

Kini, sayuran dan herba yang ditanam sedang membuahkan hasil yang dinikmati sendiri oleh warga Tabika Kemas Taman Jaya termasuk ibu bapa para pelajar. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Tags: herbasayurTabika Kemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

Harga Sayur Jatuh Lebih 50 Peratus

Harga Sayur Jatuh Lebih 50 Peratus

29/12/2024
0

Johor Bahru : Harga sayuran merudum lebih 50 peratus sejak minggu lalu akibat lambakan bekalan susulan cuaca lebih baik kebelakangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd