• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unit Patologi HRPZ II Kota Bharu Akan Dinaik Taraf

oleh Ahmad Albab
27/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Unit patologi di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan akan dinaik taraf bagi menampung beban kerja unit tersebut yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata ketika ini Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang mengkaji kesesuaian kawasan tempat letak kereta di hospital itu yang berkeluasan 0.40 hektar untuk pembinaan bangunan baharu unit tersebut.

“Unit patologi sangat penting di HRPZ II kerana selain kerja-kerja biasa seperti patologi anatomi, kimia dan biologi, unit ini juga menjadi pusat rujukan untuk wilayah zon pantai timur bagi ujian mikrobiologi.

“Setakat ini beban kerja sangat banyak iaitu pada 2015 sebanyak 4 juta ujian dibuat dan 2016 pula 3.8 juta ujian. Kita akui keadaan unit ini daif dan kecil serta ada rancangan untuk bina baharu,” katanya dalam sesi soal-jawab lisan Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) yang ingin tahu bila kementerian akan membina bangunan baharu unit patologi di HRPZ II tersebut.

Dr Hilmi berkata sekiranya kawasan kajian tersebut didapati sesuai dan selamat, kementerian akan melaksanakan projek menaik taraf unit itu secepat mungkin.

Menjawab soalan tambahan beliau berkata kementerian juga akan melihat kemungkinan membina tempat letak kereta bertingkat untuk menyelesaikan masalah parkir di situ. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: hospitalnaik taraf
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

Taman Awam Johor Lebih Moden, Inklusif dan Mesra Komuniti

29/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan terus menaik taraf taman-taman awam di seluruh negeri bagi menyediakan ruang riadah yang lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd