• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN BN Ketengah 10 Kelemahan Kerajaan Selangor

oleh AK-47
27/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor akan mengetengahkan 10 kelemahan besar yang gagal ditangani kerajaan negeri, termasuk kegagalan mengurus industri air, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula esok.

Penyelaras ADUN BN Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang mewakili kesemua 11 ADUN BN berkata isu air masih membelenggu rakyat Selangor meskipun kerajaan sedia ada yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerintah negeri ini selama 10 tahun, dengan krisis air terbaru menjejaskan hampir 2.5 juta pengguna di Selangor dan Lembah Klang.

“Malah kegagalan pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Berhad (SPLASH) oleh kerajaan Selangor sehingga kini terus menghantui rakyat negeri ini.

“Lebih getir lagi ia bakal merencatkan kemajuan negeri kerana 761 projek pembangunan terpaksa ditangguh kerana tiada bekalan air,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam DUN Selangor ke-13 oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.

Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dilaporkan berkata krisis bekalan air yang berlaku selama seminggu di Selangor serta Lembah Klang bermula 6 Mac lepas telah menjejaskan kehidupan sekitar 2.5 juta orang pengguna.

Ongkili berkata angka tersebut menggambarkan betapa seriusnya krisis air di Selangor yang boleh berlaku bila-bila masa sahaja sekiranya berlaku penutupan sementara loji rawatan air atau kerosakan paip agihan.

Mat Nadzari yang merupakan ADUN Batang Kali berkata selain isu air, isu kegagalan kerajaan negeri memartabatkan bidang pendidikan dan institusi Islam turut akan dibawa ke sidang dewan untuk dibahaskan.

Katanya ini kerana Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh telah dua kali menolak usul yang dibawa ADUN BN Selangor untuk memperkasakan institusi mahkamah syariah di negeri ini daripada dibahaskan, dan ini menyebabkan pihaknya berasa sangsi dengan komitmen parti yang memerintah negeri untuk memperkasa Islam sebagai agama rasmi negeri.

Selain itu, beliau berkata BN Selangor juga akan mengetengahkan isu kegagalan kerajaan negeri melunaskan janji-janji membina rumah mampu milik mencukupi termasuk yang terbaru membatalkan sembilan buah projek Rumah Selangorku yang berkemungkinan ada kaitan dengan kekurangan bekalan air.

“Di samping itu, kita akan dedahkan kegagalan kerajaan negeri mengamalkan tadbir urus baik dalam pentadbiran negeri, selain kegagalan menyelesaikan masalah sampah dan denggi di mana Selangor kini masih ‘juara’ dalam kes demam denggi di negara ini yang amat berisiko sehingga membawa kematian.

“Isu lain yang akan BN Selangor ketengahkan dalam sidang DUN adalah ketiadaan inisiatif merealisasikan fungsi anak syarikat kerajaan negeri, kegagalan kerajaan negeri menurunkan kos sara hidup rakyat, kegagalan kerajaan negeri membangun dan menguruskan hal ehwal belia, sukan dan kebudayaan negeri serta kegagalan menangani masalah sosial,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesilapan Buku Anggaran Perbelanjaan S’gor Tak Patut Berlaku

07/11/2017
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) Selangor kesal dengan kecuaian kerajaan negeri berkaitan kesilapan percetakan butiran dalam Buku Anggaran Perbelanjaan...

ADUN Batang Kali Disiasat J/kuasa Hak Dan Kebebasan DUN

06/02/2017
0

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan hari ini dihadapkan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd