• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Arah Proses Ambil Alih Dimuktamadkan

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan agar kerajaan pusat dan Selangor bekerjasama memuktamadkan proses pengambilalihan syarikat konsesi air atas semangat federalisme demi menjamin kepentingan negeri dan rakyat.

Sehubungan itu, baginda mengingatkan semua pihak supaya mengambil sikap bertanggungjawab dengan tidak mempolitikkan isu air di Selangor.

“Beta berharap isu air yang melibatkan kepentingan rakyat ini dapat diatasi dengan segera.

“Sebelum ini, beta pernah bertitah politik bukan semata-mata memburu kuasa tetapi mencapai urus tadbir cemerlang bagi membangunkan negeri dan memenuhi aspirasi rakyat,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keenam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Bangunan DUN di sini.

Turut berangkat hadir mengiringi baginda Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin berharap usaha kerajaan negeri dan Air Selangor menjamin kelestarian bekalan air akan dilaksanakan secara holistik, efisien dan mampu bayar untuk rakyat.

Baginda turut menitahkan kerajaan Selangor mengambil langkah proaktif menggantikan paip lama yang pecah dan bocor untuk mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) yang menyaksikan kadar NRW susut daripada 32.6 peratus pada akhir 2015 kepada 30.1 peratus pada hujung tahun lepas dengan penggantian paip lama sepanjang 422.5 kilometer (km) membabitkan kos RM373.7 juta.

Dalam perkembangan lain, Sultan Selangor sekali lagi melahirkan rasa dukacita terhadap penyebaran berita-berita palsu yang mendorong gejala fitnah semakin berleluasa.

Titah baginda sekiranya kegiatan tidak bermoral seperti fitnah ini terus menular, ia boleh membawa kepada perpecahan rakyat sehingga menghancurkan negeri dan negara.

“Apa yang membimbangkan beta, ramai pula yang percaya kepada berita-berita palsu ini lantas menyebarkannya tanpa memeriksa kesahihan sesuatu berita itu.

“Justeru, beta ingin mengingatkan terutama rakyat Selangor yang berbilang bangsa, agama dan keturunan supaya mengekalkan dan mengukuhkan lagi perpaduan yang kita nikmati sekarang,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: airSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd