• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

411 Pelajar Sekolah Menengah Dikesan Positif Dadah

oleh Ahmad Albab
26/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 411 pelajar sekolah menengah di seluruh negara dikesan positif dadah bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 403 kes dikesan melalui hasil saringan ujian air kencing yang dilakukan dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) manakala lapan kes melibatkan tangkapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kebanyakan kes dadah terjadi di luar kawasan sekolah…tetapi kita mengenal pasti golongan (pelajar) berisiko tinggi ini dan kita lakukan ujian air kencing dengan AADK di sekolah.

“Jika pelajar didapati positif, kita akan laksana program (pemulihan) selama tiga bulan bersama AADK dan kemudiannya kita akan buat susulan. Jika pelajar itu masih lagi positif, kita akan kuatkuasakan permuafakatan disiplin menerusi jawatankuasa di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang ingin tahu langkah diambil kerajaan dalam mengatasi masalah penggunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

Chong berkata kerjasama dan sokongan semua pihak adalah perlu dalam membanteras penggunaan dadah dalam kalangan pelajar.

Menjawab soalan asal Abdul Azeez yang ingin tahu statistik pelajar yang dibuang sekolah dari tahun 2014 hingga 2016, Chong berkata hukuman buang sekolah merupakan alternatif terakhir yang diambil pihak sekolah untuk pelajar yang terlibat dalam salah laku disiplin.

“Berdasarkan rekod Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), daripada keseluruhan jumlah pelajar, sebanyak 0.04 peratus pelajar dibuang sekolah pada 2014, 0.03 peratus pada 2015 dan 0.01 peratus pada 2016.

“Kebanyakan pelajar yang dibuang sekolah terlibat dalam kes ponteng sekolah. Di bawah pekeliling, seseorang pelajar yang didapati ponteng secara berterusan melebihi 30 hari atau pelajar yang ponteng secara berkala selama 60 hari akan dibuang sekolah,” katanya.

Bagaimanapun, ibu bapa boleh memohon semula untuk mempertimbangkan kemasukan anak mereka ke sekolah dalam tempoh sebulan.

“Saya tegaskan, setelah ibu bapa memohon untuk anak masuk semula ke sekolah, mesti diluluskan sebab buang sekolah ini hanya untuk pengajaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadahpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd