• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sambut Hari Lahir Ke-72, Bagi 1,000 Aiskrim Percuma

oleh
25/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNIK… Demi berkongsi kegembiraannya, seorang penjual aiskrim telah memberi 1,000 aiskrim percuma kepada pelanggannya yang hadir sempena hari lahirnya yang ke-72 tahun.

Jimmy Teng, 72, atau lebih dikenali pelanggan sebagai Uncle Jimmy, telah menjual aiskrim di luar Bangunan ICA berhampiran Stesen MRT Lavender Singapura sejak 12 tahun lalu.

Menurut laman sesawang tempatan Stomp, tahun ini menandakan tahun ketiga berturut-turut dia telah memberikan aiskrim percuma semasa hari lahirnya.

Orang ramai malahan tidak lepas peluamng telah beratur panjang sebaik sahaja Jimmy memberikan airkrim percuma bermula jam 1 tengah hari, Khamis lepas.

Sesetengah pelanggan sanggup datang secara khusus semata-mata untuk menunjukkan sokongan kepada Jimmy.

Manakala terdapat pelanggan lain yang datang untuk membeli airkrim, tidak menyedari bahawa aiskrim pada hari itu diberikan secara percuma setelah dimaklumkan sendiri oleh vendor tersebut.

Anak perempuan Jimmy bahkan telah mengadakan makan malam untuk meraikan ulang tahun kelahiran ayahnya. Namun, ia tidak cukup memuaskan hati Jimmy.

Dia ingin berkongsi kegembiraannya bersama orang lain supaya mereka turut merasa gembira dan dapat menghargai antara satu sama lain.

“Saya rasa gembira di sini, jadi saya memutuskan untuk menghabiskan hari jadi saya dengan cara ini,” katanya.

Kematian isteri dan pembantunya menyedarkan bahawa kehidupan Jimmy sudah semakin pendek.

Dia berharap dapat berkongsi kegembiraannya dengan orang lain sebanyak mungkin.

“Tindakannya telah menggembirakan kehidupan orang lain setiap hari,” kata Chen, 25 yang merupakan salah seorang pelanggan tetap Jimmy.

Beberapa pelanggan lain telah memberikan hadiah kepada Jimmy sempena ulang tahun kelahirannya.

Tidak cukup sekadar itu, sekumpulan remaja menyanyikan lagu ulang tahun untuk beliau sebagai tanda penghargaan dan sambutan kelahiran buat warga emas itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: ais krim percumaJimmySingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd