• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 7.5 Juta Pengguna UTC Puas Hati – Zabidi

oleh Ahmad Albab
24/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Lebih 7.5 juta pengguna pelbagai perkhidmatan dan kemudahan di lapan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal berkata pada masa ini, setiap UTC menawarkan pelbagai perkhidmatan daripada lebih 40 agensi kerajaan dan swasta untuk kemudahan penduduk setempat.

“UTC yang diwujudkan hasil inisiatif menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan sudah dibuka di Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Perak, Kedah, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Saya juga dimaklumkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang turut berfungsi sebagai pusat sehenti agensi dan jabatan kerajaan serta swasta akan dibina dengan lebih banyak di kawasan luar bandar pada tahun ini,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program ‘Satu Komuniti Satu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)’ di sini, hari ini, beliau berkata pusat berkenaan adalah antara usaha kerajaan merakyatkan perkhidmatan awam. Program yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad itu diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda di Penaga, di sini. Sementara itu, Zabidi berkata JPJ akan menyediakan lima perkhidmatan kaunter bergerak 1JPJ di setiap negeri bagi membantu memudahkan urusan rakyat.

“Program ‘My Lesen’ yang bakal dilaksanakan akan menyediakan platform yang lebih mudah untuk memberi lesen kepada golongan muda dan ia adalah satu usaha yang boleh dipuji kerana membantu rakyat di kawasan luar bandar terutama dari segi menjimatkan masa, kos dan tenaga,” katanya.

Terdahulu, pada program itu, sebanyak 230 peserta terdiri daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga menerima lesen motosikal kelas B2 berkelompok masing-masing. – BERNAMA

Tags: UTC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kaunter UTC Beroperasi Hingga Jam 10 Malam Atasi Kesesakan Kaunter Imigresen

23/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan beroperasi sehingga jam 10 malam mulai Rabu ini, kecuali UTC...

Waktu Operasi Baru UTC Sabah, Sarawak Mula 4 Mac

20/02/2019
0

PUSAT Transformasi Bandar (UTC) di Sabah dan Sarawak akan beroperasi pada waktu baru bermula 4 Mac ini setelah mengambil kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd