• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politik Pengundi Cina Tidak Mampu Ubah Kerajaan

oleh
25/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PIJAK REALITI… Masyarakat Cina di Malaysia tidak mampu menukar kerajaan yang memerintah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tanpa mendapat sokongan etnik majoriti iaitu Melayu.

Demikian didedahkan bekas Presiden MCA, Tan Sri Dr. Chua Soi Lek (gambar atas) kepada akhbar berbahasa Inggeris, The Star semalam ketika mengulas trend corak sokongan kaum Tionghua terhadap Barisan Nasional (BN).

Menerusi temuramah eksklusif itu, mantan pemimpin yang kesembilan parti komponen etnik Cina terbesar dalam BN tersebut menyatakan bahawa komuniti berkenaan hanya membentuk 23 peratus daripada penduduk Malaysia.

Dengan peratusan yang tidak sampai pun suku itu, mereka sebenarnya langsung tidak boleh mengubah kerajaan BN sedia ada diterajui oleh UMNO hanya melalui congak bilangan kertas undi daripada kaum tersebut semata-mata.

Soi Lek menambah, meskipun ada berlaku gelombang dirujuk pelbagai penganalisis politik sebagai ‘tsunami Cina’ pada PRU ke-13 lalu daripada BN kepada pembangkang, Malaysia masih lagi dalam paradigma dikuasai Melayu.

“Bagaimana mahu tukar kerajaan cuma dengan undi Cina? Kita tiada apa-apa hanya 23 peratus penduduk… Majoriti besar Melayu generasi tua hingga usia pertengahan melihat UMNO sebagai parti teguh bela nasib kaum dan agama.

“Ini adalah fakta yang tidak boleh diubah,” tegas tokoh politik dari Johor berusia 71 tahun itu sambil beri amaran bahawa jika semua undi Cina kepada pembangkang, kaum itu tiada lagi wakil dalam pentadbiran kerajaan pusat.

Mengulas lanjut, Soi Lek menambah, semua pemimpin siasah Melayu memang memahami kekuatan undi Melayu sehingga mereka sanggup lebih memberi tumpuan kepada komuniti tersebut dalam segala rencana dasar mereka.

“Semua orang Melayu mahu menikmati hak istimewa kaum tersebut seperti termaktub dalam perlembagaan. Pihak bukan bumiputera hanya boleh bising bergaduh tuntut hak mereka, tetapi keadaan sebenar tetap adalah sama juga.

“Kita perlu menerima realiti politik bahawa negara ini kekal ditadbir oleh kaum Melayu,” jelas Soi Lek yang pernah menjadi ahli parlimen selama lima penggal dari tahun 1986 sehingga 2004 lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video bawah sekadar hiasan…

Tags: Chua Soi LekMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd