• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zina Dengan Lelaki Lain, Suami Sebat Isteri 100 Kali

oleh AK-47
25/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADAH curang dan mengkianati pasangannya, tangan seorang wanita diikat dengan tali yang digantung pada pokok sebelum disebat 100 kali di hadapan khalayak ramai kerana berzina.

Lapor Dailymail, dalam kejadian di Bulandshahr, Uttar Pradesh, India, mangsa menjerit kesakitan dipukul berkali-kali dengan tali pinggang oleh suaminya sambil diperhatikan sekumpulan lelaki lain.

Tidak tahan dengan ‘hukuman’ itu, mangsa pengsan di tempat kejadian dan kumpulan lelaki tersebut juga terus menyerang mangsa secara seksual dan turut cuba merogol mangsa.

Hukuman itu dikenakan terhadap wanita terbabit selepas ‘mahkamah kangaru’ mendapati wanita itu bersalah kerana melarikan diri bersama kekasihnya pada awal bulan lalu.

Pada 10 Mac, si suami berpura-pura menghantar wakil untuk memujuk wanita itu pulang ke rumah dan berjanji akan melupakan apa yang telah berlaku serta memulakan hidup baru.

Apabila wanita itu kembali, sebuah mahkamah yang terdiri daripada pemimpin tua di kampung itu telah membuat keputusan agar wanita terbabit disebat sebanyak 100 kali oleh suaminya.

Susulan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius telah membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan yang dibuat mangsa, polis sedang memburu suami mangsa dan beberapa lagi individu yang terlibat.

“Beberapa individu telah disenaraikan dalam kes itu termasuk suaminya dikenali sebagai Saudan dan lima lelaki berpengaruh di kampung terbabit,” kata jurucakap polis, Altaf Ansari.

Jelasnya, mereka sedang memburu beberapa lagi individu dan mangsa telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kantoi curangzina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hak Wanita Yang Berzina

12/11/2021
1

Ramai kawan-kawan saya masih nak tahu jika ada jawapan untuk persoalan saya ni kerana ia tidak dibincangkan selama ini :...

Perkasa Pendidikan Seks Sedari Kecil

24/03/2021
0

KUALA LUMPUR - "Hidup mewah, hidup bergaya. Serba-serbi mahu berjenama". Gaya kehidupan sebegini sememangnya menjadi impian serta gilaan ramai orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd