• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Jenayah Pahang Menurun Sebanyak 20%

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Indeks jenayah Pahang menunjukkan penurunan sebanyak 20 peratus, setakat Mac tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Jamaluddin Abd Majid berkata trend penurunan itu dipengaruhi oleh penurunan ketara bagi kes pecah rumah dan curi motosikal.

Menurutnya, daerah Bentong dan Kuantan merupakan penyumbang terbesar kepada penurunan kadar jenayah di Pahang.

“Pada tahun ini setiap daerah menunjukkan penurunan kadar kes jenayah dan kita berharap agar ia dapat terus menurun.

“Kerjasama baik yang diterima daripada orang ramai juga dalam membantu diharap dapat dikekalkan bagi memastikan kegiatan jenayah di negeri ini mampu dikekang dari awal,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Polis ke 211 peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 27 orang awam termasuk pengamal media di negeri ini menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Pahang, termasuk jurugambar sambilan Bernama Biro Pahang, Zulfaidi Muhammad.

Jamaluddin berkata sijil itu sebagai tanda penghargaan pihak polis di atas bantuan dan kerjasama media dalam menyalurkan maklumat sahih dan tepat kepada umum.

Menurutnya, pihak keselamatan perlu menjalinkan kerjasama dan hubungan erat khususnya bersama media.

“Media hari ini sudah menjadi satu elemen sebagai satu elemen yang memberi bantuan dan menonjolkan tugasan yang dilaksanakan sesebuah agensi.

“Kita sangat perlukan pihak media memandangkan melalui pelbagai kerjasama ini secara tidak langsung dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah dan sebagainya,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: JenayahPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd