• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Yakin Mampu Pertahan Parlimen Balik Pulau

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yakin Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi parlimen itu dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan faktor pertambahan pengundi dan parti komponen BN yang bekerja keras serta agresif untuk mendapatkan sokongan lebih ramai pengundi.

“Pada pilihan raya lepas, MIC ‘deliver’ 60 peratus pengundi India. Bagi pilihan raya tahun ini mereka akan pastikan 70 peratus pengundi India undi BN. Parti komponen MCA dan Gerakan juga beritahu mereka akan pastikan lebih ramai pengundi Cina mengundi BN.

“Jika pilihan raya lepas Gerakan dan MCA bagi lapan peratus pengundi Cina, sekarang mereka akan pastikan 16 peratus pengundi Cina di kawasan Balik Pulau. Ini perkara yang seronok kita dengar,” katanya ketika ditemui selepas majlis bersama media, di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata pihaknya yakin dengan sokongan dan kerja keras daripada pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO serta parti-parti komponen, BN akan mendapat lebih ramai pengundi muda pada pilihan raya umum akan datang.

“Insha-Allah kita akan tambah lagi majoriti kita. Dulu kita menang takat hidung sahaja, parlimen dan DUN kita menang sikit sahaja. Sekarang ini pada PRU14 saya yakin kita akan menang lebih tinggi,” katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13, Dr Hilmi mendapat majoriti 1,539 undi dalam pertandingan satu lawan satu mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat Bakhtiar Wan Chik.

Bagi kerusi DUN Bayan Lepas, wakil rakyatnya Nordin Ahmad mendapat majoriti 458 undi, DUN Pulau Betong yang diwakili Datuk Dr Muhamad Farid Saad (395) manakala DUN Teluk Bahang wakil rakyatnya Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah (801). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr. Hilmi Umum Letak Semua Jawatan UMNO Dan BN

20/05/2018
0

GEORGE TOWN - Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan...

Hilmi Kesal Tun M Diperalat DAP Tarik Undi Melayu

04/05/2018
0

GEORGE TOWN - Calon Barisan Nasional (BN) parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini melahirkan rasa kesal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd