• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bimbang Kesan Negatif Internet Terhadap Remaja

oleh Ahmad Albab
24/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan kebimbangan dengan perkembangan ledakan teknologi dan internet pada masa kini yang dikhuatiri mampu melalaikan terutama golongan remaja sekiranya digunakan tanpa kawalan.

Tunku Azizah berkata, ramai di kalangan remaja didapati leka kemudahan teknologi itu sehingga ada di antara mereka berhadapan dengan masalah ketagihan pornografi sehingga menyumbang kepada penyakit sosial di negara ini.

“Masalah sebegini menjadi kerisauan saya apabila banyak kes hubungan seks luar perkahwinan, sumbang mahram, remaja mengandung di usia remaja dan jenayah seksual yang dilaporkan akibat terpengaruh dengan apa yang mereka lihat di media sosial.

“Sehubungan itu saya amat berharap agar remaja memilih dan menyaring maklumat, bahan bacaan dan tontonan di internet. Ini amat penting bagi mengelak daripada terlibat dengan masalah seumpama itu,“ titah baginda.

Baginda bertitah sedemikian ketika merasmikan Program Khidmat Masyarakat Kumpulan Penyelidikan Maternofetal Embryo@ Mate2u di DRB Hicom Universiti Of Automative Malaysia, di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri oleh Naib Canselor DRB-Hicom Universiti, Prof Datuk Seri Dr Omar Osman dan Pengarah Program Mate2U, Prof Dr Nor Ashikin Mohamed Noor Khan.

Dalam pada itu, Tunku Azizah bagaimanapun percaya remaja tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka adalah mangsa akibat ketidakmatangan dan kekurangan ilmu serta kesedaran hak.

“Saya yakin remaja yang diberikan pendedahan secara telus tentang kesihatan reproduktif, implikasi seks bebas dan kaedah pencegahan secara holistik akan mampu menjaga diri mereka. – BERNAMA

Tags: Tunku Azizah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah Ke Istiadat Pemakaman Ratu Elizabeth II

15/09/2022
0

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah...

Lambang Cinta Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah

31/01/2019
0

SELAIN kata-kata manis, pelbagai cara lain dilakukan seorang suami dalam menzahirkan perasaan cinta buat isteri dan sejarah menjadi bukti bagaimana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd