• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sengketa UNIC, Caprice Kini Temui Titik Noktah

oleh
25/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKHIRNYA… Persengketaan antara kumpulan nasyid, UNIC dengan penyanyi rap popular, Caprice sudah pun berakhir.

Memetik laporan BH Online, kumpulan nasyid itu beranggapan ketiadaan Caprice dalam rangka promosi single terbaru mereka berjudul Sedar dianggap sudah selesai.

Menurut Fakhrul, UNIC akan tetap meneruskan aktiviti promosi lagu berkenaan walaupun bersendirian demi tidak menghampakan para peminatnya .

“Kami memang tidak berdepan apa-apa masalah sejak awal proses rakaman hendak dilakukan. Cuma, bagi aktiviti promosi lagu ini, dia tidak dapat turut serta.

“Begitupun, UNIC tetap menghormati apa juga alasannya apabila dia tidak dapat bersama-sama menjayakan aktiviti promosi. Kami juga anggap isu ini sudah selesai.

“Pastinya Caprice ada alasan tersendiri dan kami pula menganggap kesibukan mungkin menghalang dirinya daripada berbuat demikian,” kata Fakhrul.

Dalam pada itu, Fakhrul mengakui bahawa sehingga kini mereka bertiga masih belum dapat bersemuka dengan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.

“Selepas menjayakan promosi di sebuah stesen radio, baru-baru ini, kami belum lagi bertemu dengannya.

“Pada masa sama, penganjur sebuah acara anugerah ada menawarkan kami peluang beraksi bersama-sama. Di pihak kami, memang tiada sebarang masalah untuk menjayakan acara berkenaan.

“Namun saya katakan pada pihak produksi terbabit, ia perlu juga ditanya kepada Caprice kerana kami memang menghormati kesibukan dirinya,” ujarnya.

Untuk rekod selain Fakhrul, kumpulan nasyid yang terkenal menerusi lagu Ainul Mardhiah itu turut dianggotai oleh Wan Najdi Wan Mohd Noh dan Bazli Hazwan Che Osman. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: CapriceUNIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Sindir Caprice: ‘Pempengaruh Kerja Dia Mempengaruhi Kita’

Rafizi Sindir Caprice: ‘Pempengaruh Kerja Dia Mempengaruhi Kita’

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pertikaman lidah antara mantan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan pempengaruh serta penyanyi, Caprice terus memuncak...

Skandal RM2.5 Bilion: Rafizi Mahu Saman Caprice, Caprice Mahu Saman Rafizi 

Skandal RM2.5 Bilion: Rafizi Mahu Saman Caprice, Caprice Mahu Saman Rafizi 

21/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan beliau akan meneruskan saman terhadap pempengaruh media...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd