• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kualiti Sotong Bermutu Tinggi Punca Nelayan Asing Ceroboh

oleh AK-47
23/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Kualiti sotong di perairan Terengganu yang bermutu tinggi dengan harga mencecah RM200 sekilogram di pasaran luar menyebabkan nelayan asing masih tidak serik untuk menceroboh perairan negeri ini meskipun berdepan risio ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi) APMM Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata berdasarkan rekod pada tahun lalu, sebanyak 20 bot nelayan asing ditahan sepanjang musim sotong bermula di Terengganu iaitu antara Januari hingga Mac.

“Pada tahun ini pula, APMM Wilayah Timur berjaya menahan 15 bot nelayan asing dan kita jangka berdasarkan trend setiap tahun, lebih banyak nelayan asing akan menceroboh perairan negara untuk mengaut keuntungan lumayan sepanjang musim sotong kali ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Terbaharu, pihaknya berjaya menahan sebuah bot nelayan asing dipercayai dari Vietnam pada pukul 3 petang semalam kira-kira 62 batu nautika dari Kuala Kemaman.

Pannir Selvan berkata hasil pemeriksaan mendapati kesemua tujuh awak-awak termasuk tekong yang berumur lingkungan 23 hingga 32 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kesemua mereka dibawa ke jeti Pangkalan Maritim Kemaman dan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia.

“Nilai rampasan keseluruhan bot yang dianggarkan sebanyak RM600,000 itu akan disita dan jika didapati bersalah bot akan dilucut hak seterusnya dimusnahkan,” kata beliau.

Beliau berkata APMM Wilayah Timur telah menjalankan pemeriksaan terhadap 820 buah bot dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini manakala sepanjang tahun lalu, terdapat 70 bot Vietnam yang ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Walaupun Vietnam telah mendapat amaran daripada Kesatuan Eropah (EU) mengenai pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia, perkara itu masih lagi berlarutan.

Beliau berkata Maritim Malaysia Wilayah Timur akan memperhebatkan operasi untuk membasmi pencerobohan di kalangan nelayan asing ini bagi memastikan hasil laut negara tidak dicuri nelayan asing.

“Oleh itu, kerjasama orang ramai khususnya komuniti maritim sangat diperlukan untuk menyalurkan maklumat pencerobohan kepada Maritim Malaysia di talian 09-5717345 atau MERS di talian 999,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd