• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Dijemput, Bukan Tiba Mengejut

oleh Haris
25/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERTALU-TALU pentaksub dan penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad mengutuk Dr. Kamarul Zaman Yusoff selepas dituduh “terkucil” apabila Mahathir tiba-tiba hadir ke forum anjuran Sinar Harian mengenai kelayakan beliau menjadi perdana menteri.

Dua pihak nampak bermasalah di sini yakni pihak Karangkraf sebagai penganjur dan pengendali forum, dan Mahathir dengan pentaksub Pakatan Harapan (PH).

Wacana Sinar Harian itu menyediakan tajuk yang cetek, dan seperti telahan banyak pihak, nampak cenderung berpihak ke Mahathir.

Pengendaliannya juga tidak profesional hingga forum jadi tertumpu pada Mahathir (dan juga isteri beliau) sejurus selepas bekas perdana menteri itu tiba mengejut hingga melanggar format forum.

Muhaimin Sulam, pensyarah di Universiti Teknologi Petronas yang juga pemimpin Pakatan Harapan di Perak menulis di Facebook beliau: “Saya fikir kedatangan Tun M sudah diketahui awal oleh pihak penganjur ataupun moderator. Dalam mukadimah, moderater dua kali menyatakan betapa ‘tidak adil’nya membincangkan tuan badan yang tidak hadir dalam forum itu.

“Tambahan pula penganjur awal-awal mengosongkan dua kerusi depan bagi memberi ruang Tun M dan isterinya duduk. Ini satu perancangan yang tidak kemas, mudah dihidu. Saya mungkin berprasangka saja.

“Ternyata politik media yang dimainkan oleh Sinar Harian adalah sesuatu yang mengejutkan tetapi ia suatu yang tidak wajar,” Muhaimin melahirkan kekesalannya.

Kemudian, pentaksub Mahathir dan PH menyerang peribadi Kamarul, menghamburkan kecaman dan label seperti “profesor kangkung” dan banyak lagi kata-kata kesat.

Akhirnya, fokus diberikan pada Kamarul dalam usaha untuk merosakkan imejnya sebagai seorang akademik dan bukan isi dan fakta dikemukakan akademik dari Universiti Utara Malaysia itu mengenai Mahathir.

Ini menampakkan yang Kamarul telah banyak mencederakan PH melalui banyak tulisannya di Facebook dan mereka ingin bertindak balas dengan membunuh karakter pensyarah itu.

Kecaman dan kutukan bersifat peribadi dan berbentuk kesimpulan seperti menyatakan peristiwa itu telah menunjukkan Kamarul sebenarnya hanya “pensyarah kangkung” yang tidak ada hujah yang kuat.

Boleh dikatakan majoriti besar hujah penyokong Mahathir yang mengkritik Kamarul mengemukakan serangan peribadi terhadap Kamarul. – Mynewshub.cc/H

Tags: Dr. Kamarul Zaman YusoffTun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd