• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Imigresen Perkasa Pegawai Pendakwa

oleh AK-47
23/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Jabatan Imigresen menjalinkan kerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Britain di Malaysia untuk memperkasakan pegawai-pegawai pendakwanya dalam aspek penghujahan, saksi dan pembuktian di mahkamah.

Ketua Pengarah Imi­­gresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata seramai 30 pegawai Imigresen dari seluruh negara menjalani Kursus Latihan Saksi selama enam hari sejak Sabtu lepas di sini.

“Ini adalah kerjasama kita dengan pihak antarabangsa dari segi membina kapasiti untuk memastikan bukan sahaja saksi di mahkamah, tetapi peserta yang juga pegawai pendakwa mendapat pendedahan yang bagus daripada pengalaman dan kes yang dibincangkan dalam kursus ini.

“Melalui kursus ini, kecekapan pegawai Imigresen dapat ditingkatkan dalam soal memberikan penghujahan di mahkamah dan pembuktian, selain sistem keadilan jenayah dapat kita tegakkan,” katanya kepada media selepas menutup kursus itu di sini, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Victoria Treadell.

Mustafar berkata dalam dunia tanpa sempadan sekarang, pegawai pendakwa berdepan dengan cabaran untuk membuktikan kes kerana suspek semakin berani mencabar undang-undang.

“Melalui kursus yang dijalankan, inilah cara kita mengukuhkan keupayaan dalam mengetengahkan pembuktian di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata daripada 16,700 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap tahun lepas, sebanyak 70 peratus daripadanya telah didakwa di mahkamah.

Sementara itu, Treadell berkata kursus itu antara contoh kerjasama yang dijalinkan Britain dan Malaysia dalam usaha membanteras jenayah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustafar Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustafar Ali Dilantik Ketuai NFCC

01/01/2019
0

PUTRAJAYA - Datuk Seri Mustafar Ali, yang bersara sebagai Ketua Pengarah Imigresen hari ini, akan mengetuai Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan...

JIM Mahu Majikan Gaji PATI Terima Hukuman Berat

28/12/2018
0

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berharap pihak Mahkamah dapat menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk hukuman sebat ke atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd