• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Lantik Roberto Carlos Duta Global Terbaharu

oleh Ahmad Albab
23/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia Bhd melantik pemain bola sepak lagenda Brazil, Roberto Carlos, sebagai duta jenama global terbaharu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes, berkata syarikat penerbangan itu amat berbangga untuk mempunyai seorang pejuang dalam barisan duta jenama juara dunianya.

“Tiada siapa yang memiliki semangat berani menggapai cita-cita seperti Roberto Carlos. Dari bermain di jalanan di Garcia dan membuat keputusan menjadi pemain bola sepak profesional pada umur 12 tahun, ke peristiwa sepakan percuma yang menakjubkan menentang Peranchis dan juga memenangi Piala Dunia.

“Beliau menunjukkan bahawa apabila beliau inginkan sesuatu, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mencapainya,” katanya

Sementara itu, Carlos berkata, pelantikan itu adalah impian yang menjadi kenyataan.

“Di Brazil, kami berkata: ‘Kami lebih menghargai nilai bola sepak kerana kesengsaraan yang telah kami alami.’ Ini menunjukkan bahawa anda boleh berjaya tidak kira latar belakang anda selagi anda percaya pada diri sendiri dan juga bekerja keras,” katanya.

Diberi gelaran “The Bullet Man” kerana sepakan percumanya yang padu, beliau mewakili Brazil dalam kejohanan Piala Dunia FIFA dan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Dunia 2002 yang berlangsung di Korea Selatan dan Jepun, kata AirAsia.

Menurut syarikat itu, di peringkat kelab, Carlos bermain untuk Real Madrid dan memenangi empat piala kejohanan La Liga Sepanyol serta Liga Juara-Juara UEFA sebanyak tiga kali pada 1989, 2000 dan 2002. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd