• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Dipenjara Pukul Anak Perempuan Dengan Besi

oleh AK-47
23/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang bapa dihukum penjara sebulan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memukul kepala anak perempuannya berumur 11 tahun dengan besi sehingga cedera, tahun lalu.

Hakim Hilmiah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Ng Beng Chun, 41, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya dalam bahasa Mandarin.

Tertuduh mengaku menganiaya anak kandungnya itu sejak kanak-kanak itu berumur enam tahun.

Pemeriksaan doktor mendapati terdapat parut luka dan kesan calar di bahagian badan, kaki kiri dan kanan mangsa selain bekas pukulan rotan, lebam serta luka pada kepala akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan penjara setahun sekiranya gagal membayar denda. Tertuduh tidak membayar denda itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hilmiah menasihati tertuduh supaya insaf dan sebagai bapa, dia seharusnya melindungi anak perempuannya.

“Didikan tidak boleh sampai tahap mencederakan, walaupun mangsa adalah anak kandung kamu, dia mempunyai hak sebagai warganegara untuk dilindungi di bawah undang-undang. Ambillah hukuman ini sebagai pengajaran di masa hadapan,” katanya.

Tertuduh yang bekerja sendiri itu didakwa menganiaya anaknya itu dengan memukul kanak-kanak tersebut menggunakan besi di kepala di sebuah rumah di Pangsapuri Cempaka, Jalan Prima 7/1, Taman Puchong Prima, di sini pada 7 malam, 8 Julai 2016.

Pendakwaan mengikut Seksyen 31(1)(a])Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh.

“Laporan perubatan juga menunjukkan banyak kesan luka lama di badan mangsa, hanya hukuman penjara yang mungkin dapat menginsafkan tertuduh.

“Mengambil kira faktor kepentingan awam dan keseriusan kesalahan, saya pohon hukuman berbentuk pemenjaraan yang setimpal,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia memukul untuk mengajar anaknya itu.

“Saya telah kehilangan perkahwinan, keluarga dan kerja saya disebabkan kes ini…saya benar-benar insaf dan berharap mahkamah dapat memberikan satu lagi peluang untuk saya berubah,” kata lelaki itu.

Mengikut fakta kes, kanak-kanak itu sedang duduk bersendirian di sebuah stesen minyak di Puchong Prima sebelum dihampiri pekerja di situ yang menyoal mangsa dan mangsa memberitahu dia melarikan diri dari rumah kerana sering dipukul bapanya.

Pekerja itu kemudian membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Bukit Puchong dan hasil siasatan mendapati mangsa sering dipukul oleh bapanya sejak berumur enam tahun. – BERNAMA

Tags: dipenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

Warden Penjara Penor Meninggal Dunia Di Kuantan

19/12/2025
0

KUANTAN – Seorang warden Penjara Penor, Allahyarham Muhammad Hariri Kamarudin, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi tadi di kediamannya...

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

Salah Guna Kuasa, Bekas Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM22,143

26/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Bekas pengurus bahagian pentadbiran dan sumber manusia Ladang Rakyat Terengganu dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM22,143 oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd