• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tulang Milik 240 Orang Dibunuh Ditemukan

oleh Ahmad Albab
25/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENGERIKAN…Polis di Mexico menemui kubur-kubur mengandungi tulang milik sekurang-kurangnya 240 orang yang telah dibunuh oleh seorang pembunuh upahan dikenali sebagai Santiago Meza Lopez.

Disebabkan dia menggunakan asid untuk menghancurkan mayat mangsanya di dalam satu tong sebelum dibuang dalam kubur besar itu, Santiago telah digelar `The Soup Maker’.

Polis percayai terdapat seramai 650 mangsa yang ditanam di situ, iaitu kawasan yang dikenali sebagai The Chicken Coop di Tijuana. Santiago adalah pembunuh upahan yang bekerja untuk kartel dadah Sinaloa di negara berkenaan.

Dia telah ditangkap pada 2009 dan sejak itu kawasan The Chicken Coop telah digali oleh pihak berkuasa. Santiago kini sedang menunggu hukuman ke atasnya.

Santiago dipercayai memasukkan mayat dalam tong mengandungi asidg untuk mereputkan mayat-mayat mangsa bunuhnya. Setakat ini sebanyak 16,500 liter cecair asid dan antara 170 hingga 200 kilogram tulang manusia ditemui dalam kubur besar itu.

Pada 2011, pendakwaraya menemui lemak, kulit dan tulang di Tijuana. Mangsa dipercayai ahli kumpulan Teodoro Garcia Simental iaitu pesaing kepada kartel Sinaloa.

Sinaloa yang ditubuhkan pada pertengahan 1980-an, pada mulanya beroperasi di bandar Culiacan sebelum pengaruhnya dikembangkan ke Baja California, Durango, Sonora dan Chihuahua. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kuburtulang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

09/08/2025
0

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur...

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

30/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Penduduk berdekatan tanah perkuburan di Setapak mendakwa kegiatan berzikir seperti yang tular di media sosial sebelum ini dilakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd