• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Puas Lakon Aksi, Ramona Mahu Watak Lasak

oleh
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FILEM KL Special Force telah menampilkan banyak sisi berbeza barisan pelakon yang membintangi filem tersebut dan antara yang turut terkesan dengan watak yang dibawa ialah Ramona Zamzam.

Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam akui bahawa dia berasa tidak puas hati dengan aksi yang diberikannya dalam filem dibawah arahan Syafiq Yusof itu.

“Saya bersyukur kerana Syafiq memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa watak aksi dalam filem ini.

“Walaupun tak puas sangat sebab saya mahukan karakter yang lebih lasak dan mencabar kemampuan diri saya yang sebenar,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Sebagai seorang pelakon, ibu kepada seorang cahaya mata itu mahukan kelainan dalam setiap lakonan yang dibawa.

Karakter lasak sentiasa menjadi impiannya kerana ia bagaikan mencabar dirinya untuk melakukan segala aksi bagi menampilkan bakat dirinya.

“Saya sebenarnya dah lama idamkan watak aksi kerana sebelum ini banyak menerima tawaran membawakan watak antagonis atau perampas sahaja.

“Diharapkan agar KL Special Force adalah permulaan baik untuk saya dan membuka mata ramai penerbit dalam menawarkan watak aksi kepada saya,” tambahnya lagi.

Menerusi filem KL Special Force, Ramona telah membawa watak sebagai Dee iaitu salah seorang ahli kumpulan perompak yang dikenali sebagai Anarkis.

Disember tahun lalu, Ramona telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ivanna Alashkar hasil perkahwinannya bersama dengan jejaka pilihan hati, Rami Alashkar yang merupakan warga Palestin. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizenramona zamzamRamona Zmzam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

Ramai Pembuli Jadi ‘Loser’ Setelah Dewasa, Masa Zaman Sekolah Taiko Sangat – Netizen

16/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perkongsian seorang pempengaruh dikenali sebagai Cikgu Asai mengenai pengalaman dibuli ketika zaman persekolahan mengundang reaksi pengguna media...

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd