• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA NS Usaha Dapa MyKid, Sijil Lahir 6 Kanak-Kanak

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – MCA Negeri Sembilan berharap Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta pihak berkaitan dapat membantu pihaknya mendapatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan enam kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa waris di Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Seremban.

Ketua penerangannya Dafney Ho berkata kanak-kanak berusia antara enam dan 14 tahun itu ditinggalkan tanpa sebarang dokumen atau pengenalan diri sehingga menyukarkan mereka mendapat pendidikan mahupun perkhidmatan perubatan yang disediakan kerajaan.

“Saya dimaklumkan, enam kanak-kanak ini datang daripada dua keluarga yang berbeza, yang mana tiga daripadanya iaitu seorang perempuan dan dua lelaki telah dihantar ke rumah kebajikan ini oleh nenek mereka.

“Tiga lagi ialah kanak-kanak lelaki, yang juga adik-beradik, pula ditinggalkan tanpa sebarang dokumen oleh waris sejak kecil, malah kanak-kanak itu juga tidak pasti berapa umur mereka memandangkan hampir sepanjang hidupnya membesar di rumah kebajikan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pihak pengurusan rumah kebajikan ada menyimpan nombor kad pengenalan waris kepada enam kanak-kanak ini dan berharap dengan bantuan JPN identiti mereka dapat dikesan.

Sementara itu, pengurus rumah kebajikan itu, H. Saraswathy berkata pihaknya buntu memikirkan bagaimana hendak membantu kanak-kanak tersebut mendapatkan kad pengenalan kerana rata-rata yang ingin membantu tidak menunjukkan respon yang baik.

“Saya berharap kali ini, nasib enam kanak-kanak ini terbela dengan bantuan dan kerjasama MCA yang sedang berusaha untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri mereka, sekaligus mendapat kewarganegaraan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dafney Ho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd