• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Lulusan Tahfiz Boleh Ikuti Program SL1M

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelajar lepasan tahfiz boleh mengambil peluang menghadiri program outreach Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2018 yang dilaksanakan di seluruh negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini.

Beliau berkata program itu menawarkan ribuan peluang latihan dan pekerjaan melibatkan pelbagai sektor yang memberi manfaat kepada pencari kerja termasuk lulusan tahfiz.

Asyraf Wajdi berkata empat modul kurikulum dalam Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) menjamin kualiti dan masa depan lulusan tahfiz di negara ini dalam memenuhi tuntutan alam pekerjaan.

Katanya empat modul tersebut iaitu Tahfiz Turath, Tahfiz Dini, Tahfiz Sains dan Tahfiz Kemahiran.

“Para pelajar tahfiz ini … mempunyai nilai tambah dalam pelbagai bidang lain seperti sains, teknologi dan juga kemahiran dalam industri,” katanya menjawab soalan Ir. Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) di Dewan Rakyat mengenai langkah jangka masa panjang kerajaan dalam menyediakan platform kepada pelajar lulusan tahfiz agar selari dengan tuntutan alam pekerjaan.

Beliau berkata bagi modul Tahfiz Kemahiran, kerjasama dijalin dengan agensi berkaitan seperti Kolej Komuniti, Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Giatmara bagi melatih pelajar ini dalam bidang teknikal dan vokasional.

“Selain itu, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah mengambil beberapa inisiatif untuk memberi peluang kepada pelajar berkenaan menyambung pengajian ke peringkat tinggi seperti di Darul Quran selain memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) bagi penghafaz persendirian atau swasta sejak 2011,” katanya.

Katanya sehingga 2017, 356 orang dianugerahkan STM, 400 graduan berjaya dalam pelbagai bidang menerusi Skim Pembiayaan Tahfiz yang melanjutkan pengajian di universiti dalam dan luar negara serta 2,288 graduan dilahirkan menerusi diploma tahfiz dengan kerjasama maahad tahfiz seluruh negara. – BERNAMA

Tags: SL1Mtahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd