• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kempen Politik Paling Menipu Rakyat Malaysia

oleh Haris
22/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP kali pilihan raya, rakyat Malaysia akan dihujani bermacam jenis penipuan dan janji-janji populis pembangkang yang bertujuan memburukkan kerajaan dan mendapatkan sokongan segera bagi mereka.

Masalah yang menimpa semua dikatakan salah kerajaan, dan mereka menyeru rakyat supaya menolak BN untuk menyelesaikan semua masalah ini.

Kalau diingat semula, semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12, pakatan pembangkang masa itu, Pakatan Rakyat menabur janji, “Hari ini menang, esok harga minyak turun.”

Penipuan-penipuan ini antara modal penipuan paling besar oleh pembangkang. Ada yang baru dan ada yang telah berpuluh tahun diulang tayang.

1. Hapus GST

Pembangkang Pakatan Harapan (PH) akhirnya mengakui yang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperlukan untuk menambah pendapatan kerajaan bagi memenuhi pelbagai keperluan rakyat. PH menetapkan GST 0 peratus dan tidak menghapuskannya. Mereka sendiri tahu GST ialah cukai yang efisyen dan perlu untuk menambah pendapatan negara.

2. Harga barang naik salah kerajaan

Pembangkang tidak henti-henti menyalahkan kerajaan Barisan Nasional atas kenaikan harga barangan keperluan, walaupun yang menaikkan ialah peniaga, pemborong dan pembekal. Kerajaan membantu dengan pelbagai inisiatif terutamanya menubuhkan rangkaian Kedai Rakyat 1 Malaysia, yang kini dilaksanakan sebagai KR1M 2.0.

3. Kerajaan jual negara

Pelaburan infrastruktur berbilion ringgit dari China dikecam sebagai menjual negara kepada China. Sebenarnya kesediaan China melabur di Malaysia ialah tanda keyakinan terhadap ekonomi dan kestabilan politik Malaysia. Sebelum China menjadi pelabur terbesar, Jepun melakukannya sepanjang 1970 hingga 1990-an.

4. Malaysia menuju negara gagal

Penipuan berpuluh tahun oleh pembangkang yang rasis dan mahu menakut-nakutkan rakyat. Mengabaikan petunjuk sosial dan ekonomi yang sebahagian dihasilkan oleh organisasi antarabangsa seperti PBB, Bank Dunia dan IMF, pembangkang masih memainkan lagu lama ini, seolah-olah mahu melihat Malaysia menjadi negara gagal.

5. Janji pendidikan percuma

Entah ada atau tidak membuat kira-kira terperinci, pembangkang mendesak hutang PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diberikan kepada semua hingga ke peringkat pendidikan tinggi. Ini berbalik kepada persoalan pendapatan kerajaan untuk menampung belanja ini (bagi universiti awam), dan soal keadilan kepada rakyat.

6. Dedak BR1M

Setelah terbukti bahawa bantuan kewangan secara terus seperti BR1M membantu rakyat yang memerlukan, pembangkang akhirnya berundur daripada terus mengecam bantuan ini yang pernah mereka kecam sebagai “dedak.” Buktinya, PH sendiri akhirnya mahu meneruskan bantuan yang pernah mereka kutuk ini.

7. Turun harga minyak

Harga minyak sudah menggunakan mekanisme penetapan harga mingguan, yang dicadangkan juga oleh Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli. Hari ini, mereka masih merungut dan terus mempersalahkan kerajaan BN sedangkan penentuan mingguan telah dilaksanakan. Pembangkang mengabaikan faktor pasaran global dan terus mempersalahkan kerajaan.

8. PH pelihara kedudukan Melayu dan Islam

Kempen pilihan raya mereka mendakwa kedudukan Melayu dan agama Islam akan terus dipelihara, tetapi apa yang mereka usahakan ialah sebaliknya. DAP yang dipenuhi pemimpin Kristian membawa agenda agama, dan PKR yang sarat tokoh liberal membawa agenda meliberalkan Malaysia. Sikap mereka terhadap RUU 355 telah membuktikan segalanya.

9. Pengundi asing dan blackout PRU13

Gambar sekumpulan 40,000 orang didakwa warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi sebagai pengundi hantu disebar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Kejadian blackout juga didakwa berlaku, dilakukan oleh BN untuk menipu keputusan pilihan raya. Akhirnya mereka sendiri terpaksa mengakui ini semua berita palsu untuk tujuan propaganda dan provokasi.

10. 1MDB Salah PM Najib

Laporan-laporan audit Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang dianggotai oleh Ahli Parlimen DAP Tony Pua sendiri telah menjelaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tidak bertanggungjawab atas urusan 1MDB. Tetapi pembangkang terus menipu bermodalkan laporan-laporan media asing untuk memburuk PM Najib. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Barisan Nasionalpakatan harapanPakatan Pembangkang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd