• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rancang Sediakan Pejabat APM Di Setiap Daerah

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan merancang menyediakan unit atau pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di setiap daerah di seluruh negara sama ada ia disewa atau diperoleh daripada kerajaan negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata buat masa ini, hanya terdapat 19 pusat latihan, 112 pejabat daerah dan 55 unit APM di seluruh negara.

“Terdapat daerah yang belum mempunyai pejabat dan dalam masa terdekat, kita akan pastikan setiap daerah mempunyai pejabat atau sekurang-kurangnya unit,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai inisiatif kerajaan dalam menyediakan bangunan sendiri kepada APM.

Sementara itu, Shahidan berkata kerajaan mempunyai aset yang cukup khususnya dengan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menampung keperluan ketika banjir.

Katanya, langkah memindahkan mangsa sebelum berlaku banjir juga dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda berbanding perpindahan semasa banjir. – BERNAMA

Tags: APMKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd