• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KD Mahameru Tiba Di Lokasi Kapal Korek Pasir Bantu SAR

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Mahameru tiba di lokasi kapal korek pasir yang tenggelam, pagi ini bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) 14 kru kapal yang masih hilang.

Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Leftenan Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata KD Mahameru tiba dari Pangkalan Tentera Laut Lumut, Perak pada pukul 7 pagi tadi dan telah memulakan kerja-kerja mengepam udara ke dalam kapal berkenaan.

“KD Mahameru tiba di lokasi kejadian pada pukul 7 pagi tadi dengan kekuatan anggota lebih 100 orang selain 23 anggota penyelam profesional daripada TLDM dan lapan orang penyelam profesional persendirian selain bantuan APMM.

Kerja-kerja mengepam udara ke dalam kapal sedang berjalan bagi mengapungkan kapal berkenaan dan memudahkan anggota penyelam melakukan kerja-kerja menyelamat,” katanya kepada pemberita di Pos Kawalan SAR Pantai Leka, di sini, hari ini.

Katanya, cabaran pada ketika ini adalah keadaan ombak laut yang bergelora yang menyukarkan kerja-kerja menyelam dilakukan.

“Setakat ini semuanya berjalan dengan lancar dan kita harap apabila kita pam udara masuk ini, penyelam akan dapat masuk dengan mudah ke dalam kapal berkenaan dari bahagian bawah.

“Usaha mengikat tali pada kapal berkenaan di bawah permukaan laut juga turut dilakukan bagi memastikan kapal korek berkenaan kekal stabil berikutan keadaan laut yang berombak,” katanya.

Pada kejadian pagi semalam, seramai 18 kru kapal korek pasir dipercayai milik sebuah syarikat dari China berdepan dengan detik cemas apabila kapal mereka terbalik.

Tiga kru terselamat, seorang ditemukan lemas manakala 14 lagi dikhuatiri hilang dan dipercayai terperangkap dalam badan kapal berkenaan. – BERNAMA

Tags: Kapal KorekTLDM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam Di Perairan Pulau Perak

27/11/2025
0

Seorang Maut, 18 Selamat Dalam Insiden Bot Karam di Perairan Pulau Perak Oleh Mynewshub  LANGKAWI, 27 November – Seorang individu...

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh Di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM

27/11/2025
0

Sembilan Individu Terkandas Akibat Tanah Runtuh di Pulau Jarak Diselamatkan TLDM Oleh Mynewshub  LUMUT, 27 November – Hujan lebat berterusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd