• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seni Silat Perlu Dipertahankan – MB Perak

oleh AK-47
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Kegiatan seni silat di negara ini perlu dipertahankan terutamanya dalam kalangan generasi muda bagi memastikan khazanah bangsa itu kekal terpelihara dan tidak luput ditelan zaman, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata silat merupakan seni warisan bangsa yang mempunyai kelainan dan keunikan tersendiri sewajarnya dipertahankan sampai bila-bila walaupun negara kini berdepan dengan cabaran media sosial yang menjadi platform utama ketika ini.

“Saya berbangga apabila terdapat anak-anak muda yang terlibat dengan seni silat dengan penuh komitmen dan begitu kental semangat jiwanya untuk mempertahankan warisan negara.

“Ini kerana silat itu falsafahnya terlalu besar dan ia merupakan penentu identiti kehidupan seseorang manusia, bangsa dan negara…oleh itu pertahankanlah, kembangkanlah semangat persilatan ini di mana sahaja berada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Menteri Besar Perak ke-9 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini petang ini.

Turut hadir Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Presiden Pesaka Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.

Dalam pada itu, Zambry berkata bakat baharu dalam seni silat dapat dilahirkan menerusi kejohanan tersebut sekali gus akan mewarnai persada seni silat seantero dunia.

“Selain itu, kejohanan ini juga dapat menyampaikan satu mesej besar kepada masyarakat di luar sana bahawa dengan penglibatan anak-anak muda dalam sukan silat, ia dapat membantu mereka memanfaatkan masa dengan perkara yang berfaedah dengan cara mempertahankan diri seterusnya mengamalkan gaya hidup sihat.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan kejohanan ini termasuk barisan pegawai teknikal, wasit juri, pengurus, jurulatih, atlet silat, penaja serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini,” katanya.

Seramai 3,000 pesilat mewakili 137 pasukan dari dalam dan luar negara antaranya Indonesia, Filipina, Brunei dan Vietnam menyertai kejohanan itu yang dianjurkan UPSI selama lima hari bermula semalam.

Kejohanan itu yang bertemakan ‘Memartabatkan Warisan Bangsa’ turut mendapat kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dan Pesaka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd