• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Johor Berkenan Lepaskan Kembara TAWP

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menyempurnakan pelepasan Kembara Bermotosikal 2.0 Rayuan Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-211, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini.

Turut hadir, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.

Sultan Johor turut berkenan menyampaikan sumbangan RM1 juta daripada wang simpanan khas Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, yang mangkat pada 2015.

Tabung berkenaan turut menerima sumbangan RM100,000 daripada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Konvoi kembara terbabit menyaksikan penyertaan 50 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

IPK Johor merupakan destinasi terakhir bagi peserta sebelum pulang ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mohamad Fuzi berkata TWAP merupakan tabung yang diwujudkan bagi membantu dan memelihara hal ehwal kebajikan pesara serta bekas polis.

Menurutnya, terdapat lima jenis bantuan iaitu khairat kematian, perubatan, bantuan membeli alat pergerakan seperti kerusi roda, pendidikan dan bencana alam yang disediakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pesara PDRM yang boleh dipohon oleh pesara atau bekas polis.

“Apa yang jelas, bantuan tersebut sedikit sebanyak meringankan beban kewangan para pesara dan bekas polis kerana pucuk pimpinan tidak pernah melupakan khidmat bakti mereka,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Katanya, perjalanan konvoi bagi siri kedua berkenaan bermula semalam dengan menjelajahi dua negeri, dimulai dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan berakhir di Johor, hari ini.

Setakat ini, sebanyak RM2.5 juta nilai keseluruhan hasil sumbangan individu dan syarikat korporat terkumpul bagi fasa satu yang berlangsung pada 18 hingga 22 Feb lepas dengan melibatkan penjelajahan merentasi empat buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. – BERNAMA

Tags: Sultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd