• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mimi Fly Dedah Alami Murung Teruk Lepas Cerai

oleh
21/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VOKALIS kumpulan One Nation Emcees, Mimi Fly mengakui mengalami kemurungan selepas bercerai dengan suaminya, Mohd. Firdaus Hajar pada penghujung tahun lalu.

Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham berkata dia mengalami kemurungan berikutan kesedihan dan tekanan hidup sehinggalah mengambil keputusan untuk kembali menyanyi.

Kata Mimi, disebabkan oleh kemurungan itu juga dia bertindak menghindarkan dirinya daripada berjumpa dengan orang ramai untuk bersendirian selepas berpisah.

“Lama kelamaan, baru saya sedar hidup perlu diteruskan. Saya menangis keluar air mata darah sekalipun tidak akan mendatangkan sebarang faedah.

“Kalau saya layan sangat perasaan, semua jadi tak kena. Nak berkarya pun susah. Jadi, saya kumpul kekuatan bertemu rakan-rakan untuk berbincang mengenai kerja demi menyibukkan diri.

“Alhamdulillah, kesibukan berjaya membuatkan saya lupa tentang perkara lalu dan sedikit demi sedikit, emosi semakin stabil,” katanya dipetik sebuah portal online.

Tambah Mimi, dia kini mencabar diri untuk bergerak secara solo dan berharap kerjaya seninya dapat berkembang dalam memberi nafas baharu terhadap dunia nyanyian solo.

Meskipun begitu, Mimi menepis dakwaan yang mengatakan kononnya One Nation Emcees sudah berpecah.

Sebaliknya menjelaskan, projek solo itu dilakukan olehnya sekadar memenuhi masa lapang memandangkan dua lagi anggota kumpulan terbabit, Jojo dan Zydee sibuk dengan urusan peribadi masing-masing.

“Sebab itulah saya keluarkan single solo ini yang dihasilkan sendiri bersama-sama tiga lagi karyawan muzik iaitu Shazee Ishak, Omar K dan Audi Mok.

“Klip video pun sudah dimuat naik di YouTube pada pertengahan bulan lalu dan mendapat sambutan baik pendengar,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Mimi FlyMimi One Nation Emcees
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

Nourul Depp Pilih Mimi Fly Penyanyi Jemputan Konsert ‘For You Nourul’

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nourul Depp memilih Mimi Fly sebagai artis jemputan bagi konsert solo ‘For You Nourul’ yang...

Setahun Rawat Hati, Mimi Sedang Kenali Seseorang

04/05/2018
0

Setahun mengubat hati selepas melalui proses penceraian dengan bekas suami, kini penyanyi Mimifly bersedia memberi ruang kepada orang baharu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd