• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anjing Pun Nak Merasa Makan McDonald’s Juga…

oleh
21/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAIN khinzir, anjing juga merupakan haiwan di bawah golongan najis berat (mughallazah) yang haram disentuh oleh orang Muslim.

Oleh sebab itu, dua haiwan ini dilarang untuk dibawa ke kawasan tumpuan orang ramai.

Baca: “Ingat Dah Tak Ada, Rupanya Ada Lagi!”

Baru-baru ini, tular sekali lagi apabila foto satu keluarga berbangsa Cina kelihatan gembira membawa anjing peliharaan mereka ke restoran makanan segera, McDonald’s.

Menurut foto tersebut, lokasi kejadian difahamkan telah berlaku di McDonald’s Lake Garden dekat Taiping, Perak.

Jelas kelihatan salah seorang daripada mereka sedang memegang haiwan tersebut ketika mereka sedang menikmati makanan di sana.

Kejadian itu telah membuatkan ramai netizen naik hantu kerana perkara itu sama sekali dilarang dan pastinya diketahui oleh semua penduduk Malaysia.

Beberapa netizen menganggap keluarga berkenaan seolah-okah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat kerana negara ini didiami oleh pelbagai kaum dan agama.

Foto yang tular itu hanya menunjukkan anjing berkenaan berada di atas riba seorang remaja perempuan sahaja dan tiada sebarang video mahupun gambar dari sudut lain.

Tetapi itu tidak bermaksud kita sekadar memandang sebelah mata sahaja kerana restoran berkenaan merupakan tumpuan ramai pengunjung.

Jadi tidak sepatutnya berlaku di kawasan terbuka seperti itu. Malah pihak pengurusan juga perlu mengambil tindakan atas apa yang telah terjadi.

Sebelum ini, satu lagi kejadian seperti itu telah berlaku di pasar raya AEON Mall, Bandaraya Melaka yang mana seorang wanita telah meletakkan anjing peliharaannya di dalam sebuah troli.

Bukan itu sahaja, anjing tersebut juga telah membuang air kecil di dalam troli tersebut seterusnya menyebabkan trofi itu perlu disertu oleh pihak pengurusan.

Perbuatan wanita berkenaan juga telah dikutuk sekeras-kerasnya oleh ramai orang kerana menganggap tindakan biadab seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

Setiap orang perlu memiliki sifat peka dan sensitiviti dalam diri masing-masing kerana Malaysia memiliki rakyat berbilang kaum dan agama. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: anjingMcDonald'sNetizen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

‘Saya Sudah Agak Tuduhan Ini Akan Dilemparkan’ 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan memaklumkan beliau sudah menjangka tuduhan dirinya berdiam diri ketika berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd