• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAHB Menang Anugerah Pemasaran Laluan Asia

oleh
22/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CEMERLANG… Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenangi Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018 untuk kategori keseluruhan serta ‘Lebih 20 Juta Penumpang’, menewaskan hab lain di rantau ini.

Anugerah Pemasaran Laluan Asia tahunan itu dianggap sebagai penghargaan tertinggi dalam pembangunan laluan dan industri penerbangan kerana mereka diundi dan diadili oleh masyarakat perancangan rangkaian syarikat penerbangan.

Ia mengiktiraf perkhidmatan pemasaran cemerlang yang menyokong pelancaran laluan udara baru atau pembangunan perkhidmatan sedia ada, kata MAHB dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 2017, sembilan syarikat penerbangan baharu terbang ke Kuala Lumpur dan 25 laluan baru dilancarkan, sementara keseluruhan lalu lintas penumpang meningkat 11.2 peratus kepada 58.6 juta dan tambahan 30,535 pergerakan pesawat komersil dicatatkan, menjadikannya 386,054 pergerakan.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut muncul sebagai pemenang dalam kategori ‘Penumpang Lebih 20 Juta’, menewaskan lima lagi lapangan terbang yang disenaraikan.

“MAHB sangat berinovasi dalam mewujudkan strategi pemasaran syarikat untuk mempromosi destinasi yang dikehendaki,” menurut beliau.

Tambah beliau lagi, MAHB juga mengadakan beberapa misi ke Eropah, ASEAN, Asia Selatan, India dan China untuk bertemu lebih 30 syarikat penerbangan di ibu pejabat mereka bagi memasarkan KLIA sebagai hab yang berkembang pesat.

Sebagai pemenang keseluruhan, KLIA akan disenarai pendek secara automatik untuk Anugerah Pemasaran Laluan Dunia di Guangzhou, China pada September depan.

MAHB adalah satu daripada kumpulan pengendali lapangan terbang terbesar di dunia dari segi jumlah penumpang dengan mengendalikan 39 lapangan terbang di Malaysia dan satu lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki. – BERNAMA/HAA

Tags: KLIAMAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd