• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

51% Graduan TVET Bekerja Profesional, Mahir

oleh Ahmad Albab
22/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 69,475 orang atau 51 peratus daripada 136,062 graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) warganegara Malaysia telah bekerja sebagai profesional dan pekerja mahir hingga 2017.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan berkata Institut Kemahiran Belia Negara juga telah melatih 29,423 belia dalam pelbagai bidang kemahiran.

“Kementerian bersama kementerian lain akan melonjakkan lagi bidang TVET ini melalui NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan), antara langkah diambil ialah memasukkan peperiksaan psikometrik dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi mengenal pasti kecenderungan pelajar pada peringkat awal.

“Sekiranya mereka tidak cenderung dalam bidang akademik mereka boleh menceburi bidang kemahiran ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kamalanathan menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang ingin mengetahui bilangan pekerja teknikal berkemahiran tinggi tempatan dalam kalangan belia Malaysia dari 2013 hingga 2017.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata kerajaan juga memperuntukkan RM32.6 juta untuk melengkapkan prasarana, peralatan dan jaminan keselamatan di semua 245 sekolah harian yang menjalankan Sijil Kemahiran Malaysia. – BERNAMA

Tags: kerjapelatih TVET
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadangan Kerja Empat Hari Setengah, Langkah Proaktif

Cadangan Kerja Empat Hari Setengah, Langkah Proaktif

22/11/2024
0

JOHOR BAHRU – Cadangan Kerajaan Negeri Johor berhubung tempoh hari bekerja selama empat hari setengah mulai tahun hadapan dilihat sebagai...

90 Peratus Graduan Kolej Vokasional Peroleh Kerja

90 Peratus Graduan Kolej Vokasional Peroleh Kerja

09/07/2023
0

KULIM : Kolej Vokasional mencapai kejayaan yang memberangsangkan apabila lebih 90 peratus graduannya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian mereka. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd