• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Pengawal ‘Gila’ Tumbuk, Pijak Lelaki OKU

oleh
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERBUATAN tidak berhati perut seorang pengawal keselamatan yang bertindak membelasah seorang individu secara bertubi-tubi di luar sebuah premis kini menjadi bualan netizen.

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Tumpat, Kelantan pada Isnin lalu itu, pengawal keselamatan berusia 26 tahun tersebut dilihat menumbuk muka individu terbabit secara kuat sehingga mangsa dilihat rebah ke lantai.

Tidak terhenti di situ sahaja, malah pengawal berkenaan turut menendang dan memijak dada individu berumur 42 tahun tersebut sebelum mangsa dilihat seperti tidak sedarkan diri dalam kejadian pukul 6.24 petang kemarin.

Tidak lama kemudian, pengawal tersebut dilihat mengheret kembali individu yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) tersebut dengan menarik kemeja mangsa sebelum berpura-pura seolah-olah ingin membantu pula.

Tindakan pengawal keselamatan premis perniagaan popular tersebut telah mengundang kemarahan ramai netizen sekali gus teruk dikritik kerana ia dianggap melampau.

Rata-rata netizen mengecam dan menyelar tindakan pengawal keselamatan terbabit kerana dilihat amat kurang ajar dan langsung tidak berhati perut membuli seorang OKU.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab. Rashid Mat Daud berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara dua lelaki berkenaan.

“Insiden itu berlaku pada Isnin lalu namun klip video rakaman kamera litar tertutup ini tular di media sosial bermula hari ini. Suspek sudah direman selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan,” katanya ketika dihubungi media. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: OKU
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Suspek Liwat Pelajar Tahfiz Didakwa 38 Pertuduhan

Next Post

Melaka Perlu Lebih Ramai Anggota Bomba Bantuan

Related Posts

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

Penebar Roti Canai Rogol OKU Dijel 15 Tahun, 8 Sebatan

22/01/2025
0

Muar : "Banyak benda saya kena tanggung di luar sana, saya merayu sangat mahkamah ringankan hukuman terhadap saya." IKUTI CHANNEL...

Next Post

Melaka Perlu Lebih Ramai Anggota Bomba Bantuan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd