• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia 2018 Mungkin Terakhir – Messi

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIONEL Messi mengakui Piala Dunia 2018 mungkin menjadi yang terakhir untuknya.

Pemain berusia 30 tahun itu mengalami tiga kekalahan besar berturut-turut dalam acara final Piala Dunia (2014), Copa America (2015, 2016) dan mengakui peristiwa tersebut menyebabkan dia sedih.

“Saya menangis berkali-kali kerana permainan seperti ini, kerana telah kalah ketika final, untuk permainan yang amat bermakna dan gagal mencapai impian negara.

“Perlawanan tersebut (tiga final) adalah tamparan yang hebat.

“Seolah-olah dapat masuk ke final dalam tiga perlawanan itu tidak membantu kami sama sekali,” kata Messi kepada program televisyen Argentina, La Cornisa.

Kekalahan di final Copa America yang lalu mendorong Messi untuk bersara dari aksi antarabangsa pada 2016, tetapi selepas rakyat Argentina termasuk presiden Mauricio Macri menggesa pemain itu untuk mempertimbangkan semula keputusannya, pemenang Ballon d’Or lima kali itu mengubah keputusan hampir dua bulan kemudian.

Messi berperanan penting menghantar Argentina ke Rusia pada musim panas ini.

Jaringan hatrik oleh pemain itu pada perlawanan kelayakan terakhir mereka menentang Ecuador berjaya merapatkan kedudukan ke tangga ketiga dalam carta Amerika Selatan.

Selepas menyelamatkan pasukannya daripada tersingkir, Messi mengakui edisi musim panas kali ini mungkin menjadi penampilan terakhirnya dalam Piala Dunia. – Eurosport/mStar Online

Tags: Lionel MessiPiala Dunia 2018
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat, Sebabkan Rusuhan

13/12/2025
0

Kemunculan Singkat Messi Di Kolkata Cetus Kekecewaan 80,000 Peminat Oleh Mynewshub  KOLKATA, INDIA – Kemunculan legenda bola sepak dunia, Lionel...

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

24/12/2022
0

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd