• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model Playboy Mahu Dedah Hubungan Dengan Trump

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Bekas model Playboy yang mendakwa ada hubungan sulit dengan Presiden Donald Trump memfailkan saman di California semalam memohon dibebaskan daripada perjanjian undang-undang yang mahukan beliau berdiam diri.

Karen McDougal ialah wanita kedua bulan ini mencabar perjanjian tidak mendedahkan dakwaan hubungan luar nikah dengan Trump.

Beliau memfailkan saman itu di Mahkamah Agung Los Angeles menentang penerbitan majalah National Enquirer, American Media Inc, yang membayar AS$150,000 (RM587,000) pada 2016 untuk berdiam diri.

Saman McDougal difailkan pada hari sama hakim di New York mengarahkan Trump perlu berhadapan saman fitnah oleh pengusaha restoran California, Summer Zervos, yang menuduh presiden itu mengganggunya secara seksual selepas beliau muncul dalam bekas siri realiti televisyen ‘The Apprentice’.

Majalah New Yorker, bulan lalu melaporkan dakwaan hubungan sulit McDougal dan tindakan American Media membayar kepadanya untuk mendapatkan hak cerita itu, yang tidak pernah disiarkan.

Ketua American Media, David Pecker, menggambarkan Trump sebagai ‘rakan peribadi’.

Dalam saman, McDougal mendakwa beliau dan Trump menjalin ‘hubungan romantik’ luar nikah selama 10 bulan pada 2006 dan 2007, tempoh yang bertindih dengan dakwaan hubungan sulit Trump dengan bintang filem lucah, Stormy Daniels.

Isteri Trump, Melania, melahirkan anak bongsu presiden itu, Barron, pada 2006. – Reuters/BH ONLINE

Tags: playboy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Playboy Hilang Pendengaran Kerana Viagra

30/09/2017
0

PENGASAS majalah Playboy, mendiang Hugh Hefner yang meninggal dunia semalam, dikatakan telah mengambil ubat perangsang seks, Viagra terlalu banyak hinggakan...

Hugh Hefner Playboy Meninggal Dunia

29/09/2017
0

LOS ANGELES - Hugh Hefner yang merupakan pengasas majalah lucah Playboy dilaporkan telah meninggal dunia semalam, waktu Amerika Syarikat. Hefner...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd