• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Masuk Akal Jika Pecat Pegawai Tinggi Kerajaan

oleh AK-47
21/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan cadangan pembangkang untuk memecat pegawai tinggi kerajaan jika menang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) sebagai tidak masuk akal dalam keadaan tenaga kerja perkhidmatan awam yang adakalanya tidak mencukupi.

Beliau memberikan contoh kekurangan kakitangan di kementeriannya, Perbadanan Putrajaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Bagi menampung keperluan sektor awam, beliau berkata kerajaan mengambil pekerja secara kontrak dan sambilan.

“…tidak tahu mana letak ‘sense’ mereka,” katanya kepada media selepas majlis pecah tanah projek Rumah Wilayah Persekutuan (Rumawip), Terminal Pengangkutan Awam dan Pusat Penjaja Bumiputera di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada sesi dialog di Seremban, akan memecat semua pegawai tertinggi kerajaan jika menang PRU14.

Mengulas aksi dalam video yang menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menghasut kanak-kanak agar membenci kerajaan dalam satu program pelancaran kelas tuisyen di Jelutong, beliau berkata itu adalah satu bentuk manipulasi.

“Apa yang dia buat berbeza dengan apa yang saya lakukan sebelum ini, saya hanya nak menaikkan semangat patriotisme. Saya tak sebut benda lain dan tak kata undi UMNO atau undi Barisan Nasional.

“Saya hanya nak tanam semangat patriotisme yang antara lain tanpa UMNO kerajaan ini takkan wujud, negara tidak akan merdeka. Itu adalah sejarah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd